Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Mesin layan diri realme AIoT pertama kini di Kolej SEGi Subang Jaya

Mesin layan diri realme AIoT pertama kini di Kolej SEGi Subang Jaya 3
realme secara rasminya telah melancarkan mesin layan diri realme AIoT yang pertama.

realme Malaysia dengan kerjasama Kolej SEGi, Subang Jaya telah melancarkan mesin layan diri realme AIoT yang membolehkan pelajar mendapatkan produk realme dengan lebih mudah tanpa perlu keluar dari kawasan kampus.

Mesin layan diri realme ini menawarkan pelajar SEGi pelbagai produk seperti realme Powerbanks, realme Mouse, realme Watch, realme Buds dan banyak lagi.

realme Malaysia juga telah berkerjasama dengan Shopee yang mana pembelian bernilai RM 20 dan ke atas di mesin layan diri ini akan menerima pulangan tunai bernilai RM 2 apabila pembayaran dilakukan melalui akaun ShopeePay (dari 8-31 Disember).

Selain itu, realme juga menawarkan diskaun bernilai RM 2 bagi pembelian realme Mobile Game Finger Sleeve dan kabel realme Type-C dengan pembayaran melalui ShopeePay.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.