Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Oppo bakal perkenal teknologi kamera belakang pop-up pada 14 Disember ini


Oppo baru-baru ini telah mengumumkan sidang Oppo Inno Day 2021 yang akan berlangsung pada 14 Disember dan syarikat ini bakal mencuri tumpuan global dengan pelancaran inovasi terbaru mereka.

Oppo telah mengeluarkan sebuah video teaser di akaun Twitter rasmi mereka yang mendedahkan teknologi kamera belakang pop-up yang dibangunkan sendiri syarikat ini.

Sensor yang ditempatkan pada mekansima kamera ini adalah 50MP Sony IMX766 dan ianya mungkin menawarkan ciri zoom.

Selain itu, video ini juga menunjukkan bahawa sensor ini adalah kalis air dan ianya mempunyai mekansima automatik yang mengesan jatuhan.

Maklumat lanjut mengenai teknologi kamera ini akan diumumkan di Oppo Inno Day yang akan berlangsung minggu hadapan.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.