Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Nothing ear (1) Black Edition kini rasmi di Malaysia pada harga RM 499 sahaja


Nothing Malaysia secara rasminya telah mengesahkan produk pertama syarikat iaitu Nothing ear (1) kini akan ditawarkan didalam edisi hitam pada harga RM 499.

Nothing ear (1) telah memasuki pasaran Malaysia pada bulan Oktober yang lalu pada harga RM 499 dan ianya telah mendapat sambutan yang sangat menggalakan.

Nothing ear (1) ini mempunyai pemacu 11.6mm yang sangat berkuasa dan ianya juga tampil dengan reka bentuk berwarna hitam pada earbuds dan case.

Nothing ear (1) black edition hadir dengan Clear Voice Technology yang menggunapakai tiga mikrofon definisi tinggi dan terdapat juga teknologi active noice cancelling.

Selain itu, Nothing ear (1) ini mempunyai berat hanya 4.7gram dan ianya juga dilengkapi dengan bateri  yang mampu menawarkan sehingga 5 jam pendengaran atau sehingga 34 jam dengan bekas pengecasan.

Nothing ear (1) black edition juga tampil dengan pensijilan IPX4, Google Fast Pair dan boleh digunakan bersama peranti Android dan iOS.

Nothing ear (1) black edition akan mula ditawarkan di Malaysia pada 17 Disember ini di stor rasmi Nothing di Shopee pada harga RM 499.

Selain itu, Nothing ear (1) black edition ini akan turut ditawarkan melalui beberapa wakil pengedar sah rasmi seperti Senheng, Harvey Norman & DirectD.

Walaubagaimanapun, anda juga boleh mendapatkan Nothing ear (1) black edition secara eksklusif di stor Crossover Online, Sunway Pyramid dan Mid Valley mulai 8 Disember 2021 namun didalam kuantiti yang terhad.

Baca ULASAN : Nothing ear (1) – TWS Mampu Milik Terbaik Dengan Teknologi ANC

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.