Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Spesifikasi utama realme 9i didedahkan


realme dijangka akan melancarkan  realme 9 series pada bulan Januari dan kita akan menyaksikan 4 model diperkenalkan dan salah satu daripadanya adalah realme 9i

spesifikasi realme 9i ini kini telah didedahkan oleh beberapa tipster.

realme 9i dikatakan akan hadir dengan skrin paparan 90Hz LCD yang mempunyai kadar resolusi FHD+ dan pemproses Snapdragon 680 yang diperkenalkan pada bulan Oktober yang lalu. Ianya adalah cip 6nm yang membawakan sokongan 4G, teras CPU Kryo 265 dan Adreno 610.

Selain itu, lakaran ini juga mendedahkan bahawa realme 9i akan tampil dengan sensor utama 50MP dan terdapat juga lubang punch-hole pada skrin.

realme 9 series akan mempunyai tiga lagi model iaitu realme 9, realme 9 Pro dan model paling premium dengan nama realme 9 Pro+ atau realme 9 Max.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.