Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Reka bentuk Xiaomi 12 Series mula didedahkan


Xiaomi 12 Series yang akan menjadi antara telefon pintar dengan pemproses Snapdragon 8 Gen1 dijangka akan dilancarkan pada 12 Disember ini.

Dalam pada itu, panel kamera Xiaomi 12 telah mula didedahkan dan ianya dilihat akan memiliki tiga sensor iaitu sensor utama yang besar dan dua sensor dibawah. Lampu flash dan mikrofon juga disertakan.

Gambar ini juga digunakan untuk membuat lakaran reka bentuk Xiaomi 12 panel belakang telefon pintar ini.

Dalam pada itu, Digital Chat Station juga mendedahkan bahawa Xiaomi akan melancarkan tiga telefon pintar didalam Xiaomi 12 Series iaitu Xiaomi 12, Xiaomi 12 Pro dan Xiaomi 12 Ultra.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.