Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Motorola Edge X30 – Telefon Pintar pertama dengan Snapdragon 8 Gen1 akan dilancarkan 9 Disember ini

Motorola Edge X30 akan dilancarkan di pasaran China pada Khamis ini dan ianya akan menjadi telefon pintar pertama didunia untuk menggunakan cip Snapdragon 8 Gen1.

Motorola telah sedikit sebanyak mendedahkan maklumat spesifikasi utama telefon pintar ini melalui akaun Weibo mereka dan yang terkini adalah maklumat jangka hayat bateri, reka bentuk kamera dan sensor.


Pada bahagian belakang, Motorola Edge X30 akan memiliki dua sensor 50MP iaitu sensor wide dan ultrawide manakala sensor ketiga mungkin sensor depth 2MP.

Pada bahagian hadapan pula, Motorola Edge X30 akan memiliki sensor selfie 60MP yang menjadikanya sebagai sensor selfie dengan resolusi tertinggi di pasaran.

Selain itu, Motorola Edge X30 juga akan memiliki bateri berkapasiti 5,000mAh dengan sokongan pengecasan pantas 68W.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.