Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

NortonLifeLock Sediakan Kemudahan Pemantauan Web Tertutup di Malaysia


NortonLifeLock
pemimpin global dalam Keselamatan Siber pengguna, telah mengumumkan pelancaran kemudahan Pemantauan Web Tertutup(Dark Web Monitoring) di Malaysia.

Ciri ini kini disediakan dalam beberapa pelan tertentu Norton 360, ciri baharu ini meronda web tertutup dan memberi amaran kepada pengguna tentang potensi ancaman kepada identiti mereka, jika dikesan.

Web tertutup adalah sebahagian kecil daripada web di mana kerahsiaan diutamakan dan aktiviti yang diragui berleluasa. Kalau dulu dua individu mungkin bertemu di sebuah lorong gelap untuk membayar wang tunai bagi mendapatkan barangan haram, padahari ini penjenayah siber boleh bertemu secara maya tanpa mendedahkan nama di web tertutup untuk membeli maklumat secara tidak sah, untuk digunakan bagi aktiviti mencuri identitdan jenayah lain.

Pada bulan lepas, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Malaysia telah mendedahkan keleluasaan jenayah siber, dan menyeru mangsa agar melaporkan scam atau penipuan bagi membolehkan maklumat dikumpulkan untuk tindakan lanjut*.

Ciri Pemantauan Web Tertutup kini disediakan dalam Norton 360 Premium, Norton 360 Deluxe dan Norton 360 for Gamers. Apabila pelanggan melanggan pelan Norton 360 dengan Pemantauan Web Tertutup, alamat e-mel yang didaftarkan kepada pelan Norton 360 akan dipantau dari masa ke masa, manakala paparan ciri utama perisian ini yang mudah digunakan membolehkan maklumat anda yang boleh dikenal pasti secara peribadi ditambah untuk tujuan pengawasan. Ini termasuk: lima nombor akaun insurans; alamat e-mel, nombor telefon dan sehingga sepuluh nombor kad kredit dan tag permainan. Sekiranya data anda ditemui dalam web tertutup, sama ada menerusi forum atau laman web, pemberitahuan yang diberikan akan membolehkan anda mengambil tindakan segera, termasuk menukar kata laluan dan menghubungi penyedia perkhidmatan yang boleh dipercayai.

Pelanggan sedia ada dengan langganan aktif kin boleh mengakses kemudahan Pemantauan Web Tertutup bagi baki tempoh langganan mereka tanpa sebarang kos tambahan menerusi ciri kemas kini automatik. Perisian ini disediakan untuk pelbagai peranti termasuk telefon pintar, tablet, PC atau Mac®, bergantung kepada keutamaan dan pelan pilihan pelanggan.

Untuk maklumat lanjut, sila layari http://www.malaysia.norton.com.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.