Xiaomi Redmi K50 Series dijangka akan dilancarkan pada Februari 2022
Siri telefon pintar flagship popular daripada Redmi iaitu Redmi K50 Series telah hangat diperkatakan sejak beberapa bulan dan tipster Digital Chat Station mendedahkan bahawa pelancaran Redmi K50 Series ini akan berlangsung sekitar penghujung bulan Februari 2022.
Lebih-lebih lagi, Redmi K50 Series ini akan terdiri daripada 4 model iaitu K50, K50 Pro, K50 Pro+, dan K50 Gaming.
Bercakap mengenai cipset yang akan digunakan, Redmi K50 Pro+ akan menggunakan cip Snapdragon 8 Gen1, K50 Pro pula dengan Snapdragon 870, K50 dengan cip Dimensity 7000 dan K50 Gaming dengan cip Dimensity 9000.
Selain itu, semua model Redmi K50 ini juga dijangka akan hadir dengan MIUI 13 dan sensor capjari dalam skrin.
Bercakap mengenai Redmi K50 Gaming, telefon pintar ini dijangka akan tampil dengan sensor utama 64MP dan bateri 5,000mAh manakala Redmi K50 Pro+ akan menampilkan sensor utama 108MP bersama sensor telefoto jenis periskop.
Akhir sekali, Redmi K50 Series juga dijangka akan menawarkan sokongan pengecasan pantas 100W dan pensijilan kalis air IP68 namun ianya mungkin hanya ditawarkan pada model yang lebih premium.