Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Telefon Pintar Flip HUAWEI Mate V bakal dilancarkan 23 Disember ini

Telefon Pintar Flip HUAWEI Mate V bakal dilancarkan 23 Disember ini 3
Telefon pintar flip daripada HUAWEI iaitu HUAWEI Mate V telah lama diperkatakan dan kini terdapat maklumat yang mendedahkan tarikh pelancaran telefon pintar ini.

Maklumat dari seorang tipster di Weibo mendedahkan HUAWEI Mate V akan dilancarkan pada 23 Disember ini dan ianya akan turut dilancarkan bersama generasi televisyen yang baharu, komputer riba MateBook dan jam kecergasan Fit Mini.

Berdasarkan gambar yang diberikan, HUAWEI Mate V kelihatan akan mempunyai reka bentuk dual ring seperti pada HUAWEI P50 Series yang mana satu bulatan menempatkan modul kamera manakala satu bulatan lagi adalah skrin.

Selain daripada itu, tidak banyak maklumat mengenai HUAWEI Mate V diketahui namun ianya dilihat akan menjadi pencabar kepada Samsung Galaxy Z Flip3.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.