Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

OPPO INNO DAY akan berlangsung pada 14-15 Disember ini – pelancaran produk flagship

OPPO secara rasminya telah mengumumkan akan menganjurkan sidang OPPO INNO DAY tahunan yang akan berkala pada 14-15 Disember ini di Shenzhen, China.


OPPO INNO DAY adalah sidang teknologi tahunan OPPO untuk berkongsi strategi terbaru  dan mempamerkan pencapaian teknologi, OPPO INNO DAY 2021 juga dijangka menarik hadirin di seluruh dunia melalui OPPO INNO WORLD dalam talian selain acara fizikal di Shenzhen.

Majlis pelancaran maya ini akan menjadi salah satu acara pelancaran dalam talian yang paling interaktif pernah dianjurkan.

Untuk tahun 2021, OPPO sedang mendigitalkan acara pelancaran dan pameran, mengubah acara konvensional menjadi dunia pengalaman maya yang menghiburkan dan interaktif.


OPPO INNO WORLD ialah pentas maya OPPO INNO DAY 2021. Pelawat OPPO INNO WORLD boleh menyertai pelancaran maya ini dengan membuat avatar mereka yang tersendiri.

Kemuncak OPPO INNO DAY ini adalah pada 15 Disember 2021 dimana OPPO dijangka akan melancarkan produk flagship terbaru mereka.

Maklumat lanjut mengenai OPPO INNO DAY, layari  https://www.oppo.com/en/events/innoday2021/

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.