Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Kempen Jualan HUAWEI Better Together 2022 kembali dengan promosi dan diskaun hebat


Pejam celik, tahun 2021 yang penuh cabaran bakal berakhir dan kita kini di ambang tahun 2022 yang bakal bermula didalam masa 30 hari sahaja lagi.

Bersempena dengan perayaan akhir tahun, HUAWEI telah mengumumkan kempen tahunan  HUAWEI Better Together edisi tahun 2022 yang akan bermula dari 3 Disember sehingga 2 Januari 2022 dimana pengguna boleh menikmati rebat serta merta bernilai RM 500 dengan pembelian HUAWEI Vision S.

Jika anda sedang mencari sebuah komputer riba untuk memulakan 2022 atau peranti wearable, pasti ada satu produk untuk anda didalam kempen Better Together 2022 ini dan berikut adalah senarai produk menarik yang boleh anda miliki!.

Smart Screen

  • HUAWEI Vision S 65” – RM 3,999 – rebat serta merta RM 500
  • HUAWEI Vision S 55” – RM 2,999 – percuma HUAWEI WiFi AX3

Telefon Pintar

  • HUAWEI nova 9 – RM 1,999 – percuma HUAWEI FreeLace
  • HUAWEI nova 8i – RM 1,299 – rebat serta merta RM 100

Komputer Riba

  • HUAWEI MateBook D15 10th i3 8+256 – RM 2,399 – percuma beg komputer riba
  • HUAWEI MateBook D15 10th i5 8+512 – RM 2,999 – percuma beg komputer riba + 1 tahun langganan Office 365
  • HUAWEI MateBook D15 11th i5 8+512 – RM 3,499 – percuma beg komputer riba
  • HUAWEI MateBook D14 10th i5 8+512 – RM 3,299 – percuma beg komputer riba + 1 tahun langganan Office 365
  • HUAWEI MateBook 14 R5 8+512 – RM 3,699 – percuma beg komputer riba + tetikus Bluetooth HUAWEI + HUAWEI WiFi AX3 + Office 365
  • HUAWEI MateBook 14 11th i5 8+512 – RM 4,599 – percuma beg komputer riba + Tetikus Bluetooth HUAWEI
  • HUAWEI MateBook 14s i5 8+512 – RM 4,999 – percuma HUAWEI FreeBuds Pro + 1 tahun langganan Office 365  + Beg komputer riba+ Tetikus Bluetooth HUAWEI
  • HUAWEI MateBook X Pro 2021 i5+16+512 – RM 5,899 – percuma Beg komputer riba+ Tetikus Bluetooth HUAWEI

Tablet

  • HUAWEI MatePad Pro 12.6  Olive Green – RM 4,099
  • HUAWEI MatePad Pro 12.6  Matte Grey – RM 3,999
  • HUAWEI MatePad 11 6+128 – RM 1,999 – percuma Smart Magnetic Keyboard + M-Pencil Generasi ke-2
  • HUAWEI MatePad 11 6+256 – RM 2,399 – percuma Smart Magnetic Keyboard + M-Pencil Generasi ke-2
  • HUAWEI HUAWEI MatePad 10.4 Refresh – RM 1,499
  • HUAWEI HUAWEI T10S 4+128 WiFi – RM 999 – percuma Casing Kulit
  • HUAWEI HUAWEI T10 4+64 WiFi – RM 799 – percuma Casing Kulit

Peranti Wearables + Audio

  • HUAWEI WATCH GT 2 Pro – RM 1,199 – rebat serta merta RM 100
  • HUAWEI WATCH 3 – RM 1,699 – rebat serta merta RM 200
  • HUAWEI WATCH 3 Pro – RM 2,199 – rebat serta merta RM 200
  • HUAWEI WATCH FIT – RM 499 – rebat serta merta RM 100
  • HUAWEI FreeBuds 4 – RM 599 – rebat serta merta RM 50

Selain daripada promosi di atas, pelanggan juga boleh mencuba sendiri HUAWEI nova 9 di HUAWEI Experience Store (HES) yang berhampiran anda dan menangi hadiah misteri krismas.

Ingin mengetahui Bagaimana ? Teruskan membaca di bawah:

1. Pengguna boleh membuat janji temu mereka di sini, kemudian pergi ke HES terpilih untuk merasai HUAWEI nova 9.

2. Pengguna WAJIB memakai pakaian merah, hijau atau putih dan menggunakan HUAWEI nova 9 untuk mengambil gambar snap di HES, memuat naik foto itu ke halaman Facebook mereka dengan hashtag #HUAWEIExperienceStore #MyChristmasPhoto, dan ikuti halaman Facebook HES yang dipilih.

3. Setelah melakukan semua yang diperlukan dipenuhi, pengguna berpeluang memenangi hadiah misteri Krismas ini.

Bukan itu sahaja! Bagi mereka yang membuat pembelian antara 3 Disember 2021 hingga 2 Januari 2022, mereka berpeluang untuk menyertai Cabutan Bertuah, seperti HUAWEI WATCH GT (RRP: RM799), HUAWEI WATCH FIT (RRP: RM499) dan Touch N Baucar Go bernilai RM300!

Apa yang perlu dilakukan ialah hanya membeli sebarang produk HUAWEI (tiada perbelanjaan minimum diperlukan!), log masuk ke Aplikasi HUAWEI Member Centre dan klik pada Kempen Krismas HUAWEI, di mana, pengguna perlu menjawab satu (1) soalan mudah, isikan butiran peribadi yang diperlukan dan muat naik resit pembelian sebagai bukti. Pemenang akan diumumkan pada 17 Januari 2022.

Untuk maklumat lanjut mengenai promosi HUAWEI Better Together 2022, boleh pergi ke HUAWEI Experience Storeyang berdekatan atau layari HUAWEI Online Store.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.