Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Jualan Oppo A95 adalah 768% lebih baik berbanding Oppo A93

Telefon pintar midrange terbaru Oppo iaitu Oppo A95 telah mula ditawarkan di Malaysia beberapa hari lalu pada harga RM 1,099 sahaja dan sambutan yang diterima pada hari pertama jualan adalah sangat baik.

Oppo Malaysia telah mengesahkan bahawa jualan hari pertama Oppo A95 telah menyaksikan peningkatan sebanyak 768% berbanding jualan hari pertama Oppo A93.

Selain itu, masih belum terlambat untuk mendapatkan Oppo A95 kerana promosi jualan masih berlangsung

Setiap pembelian Oppo A95 akan menerima Enco Buds bernilai RM159 dengan hanya menambah RM1 apabila membuat pembelian di My OPPO Space, Kedai-Kedai Jenama OPPO, Kedai Atas Talian Rasmi OPPO, semua Pengedar Sah OPPO, Kedai Atas Talian Sah OPPO, Rakan Rangkaian Kedai dan Rakan e-dagang seperti Shopee, Lazada serta Astro Go Shop.

Dalam pada itu, Oppo juga telah mengumumkan promosi eksklusif bagi pembelian Oppo A95 di Oppo Brand Store yang mana anda boleh mendapatkan Oppo Band yang bernilai RM 159 pada harga RM 95 sahaja (jimat RM 64).

Maklumat lanjut mengenai promosi ini di SINI

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.