Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

ULASAN : Samsung Galaxy Watch4 – Jam Pintar WearOS dengan ciri bacaan komposisi badan

ULASAN : Samsung Galaxy Watch4 - Jam Pintar WearOS dengan ciri bacaan komposisi badan 15Ulasan Samsung Galaxy Watch4

Pengenalan

Seperti tahun-tahun sebelum ini, Samsung Galaxy Watch kelihatan sama dari segi luaran namun generasi kali ini membawakan perubahan terbesar dari segi dalaman.

Buat pertama kali didalam Samsung Galaxy Watch, Samsung telah menggunakan Wear OS sebagai tulang belakang kepada antaramuka One UI Watch 3 yang dibangunkan dengan kerjasama Google.

Selain itu, Samsung Galaxy Watch4 juga kini tidak lagi menyokong penggunaan bersama iPhone. Ianya menyokong penggunaan pada platform Android namun untuk menikmati semua ciri yang dimiliki jam ini, anda harus menggunakanya bersama telefon pintar Samsung.

Samsung Galaxy Watch4 telah dilancarkan bersama-sama Galaxy Z Flip3 Series pada bulan September yang lalu dan ianya hadir didalam dua varian iaitu Galaxy Watch4 dan Galaxy Watch4 Classic.

Samsung Galaxy Watch4 (44mm) ditawarkan di Malaysia pada harga RM 999 manakala Samsung Galaxy Watch4 Classic (46mm) pula di tawarkan pada harga RM 1,399.

Berikut adalah ulasan Samsung Galaxy Watch4

ULASAN : Samsung Galaxy Watch4 - Jam Pintar WearOS dengan ciri bacaan komposisi badan 16

Reka Bentuk & Skrin Paparan

Samsung Galaxy Watch4 hadir dengan reka bentuk yang agak mudah dan sinonim dengan generasi Galaxy Watch sebelum ini.

Samsung Galaxy Watch4 hadir dengan rangka Armor Aluminum berukuran 44mm yang menempatkan skrin paparan beresolusi 450 x 450 dengan kepadatan piksel 330ppi.

ULASAN : Samsung Galaxy Watch4 - Jam Pintar WearOS dengan ciri bacaan komposisi badan 17
Ianya adalah skrin paparan AMOLED berukuran 1.36-inci yang juga mempunyai ‘virtual rotating bezel’ dimana anda boleh meleret jari anda pada bezel hitam sekeliling skrin untuk navigasi menu dan ciri-ciri jam pintar ini. Terdapat dua butang fizikal pada sisi.

Selain itu, Samsung Galaxy Watch4 juga hadir dengan pensijilan kalis air dan habuk IP68 yang bermaksud ianya mampu dipakai ketika berenang atau aktiviti air sehingga kedalaman 5 meter.

Samsung Galaxy Watch4 ditawarkan didalam tiga warna iaitu Silver, Green dan Black dengan ukuran dimensi bagi model 44mm ini adalah 44.4 x 43.3 x 9.8mm dengan berat 30.3g.

Samsung Galaxy Watch4 amat selesa untuk pemakaian sepanjang hari kerana reka bentuk yang ergonomik dan ringan.

ULASAN : Samsung Galaxy Watch4 - Jam Pintar WearOS dengan ciri bacaan komposisi badan 18

Prestasi dan One UI Watch 3

Samsung Galaxy Watch4 hadir dengan cip pemprosesan Samsung Exynos W920 yang juga disertakan dengan 1.5GB RAM.

Kombinasi ini dilihat amat memadai bagi Samsung Galaxy Watch4 dan kami tidak menghadapi sebarang isu semasa menguji jam pintar ini.

Dalam pada itu, Galaxy Watch4 juga mempunyai storan dalaman 16GB yang mana hanya 8GB boleh di akses oleh anda untuk memuat naik muzik dan aplikasi pilihan anda.

Selain itu, penggunaan Wear OS juga bermaksud Galaxy Watch4 mempunyai akses kepada Google Play Store yang menawarkan anda lebih banyak pilihan aplikasi popular berbanding sistem operasi Tizen OS yang digunakan pada generasi sebelum ini.

ULASAN : Samsung Galaxy Watch4 - Jam Pintar WearOS dengan ciri bacaan komposisi badan 19

Kecergasan & Kesihatan

Perubahan terbesar dari segi kecergasan pada Samsung Galaxy Watch4 adalah Sensor Bioactive 3 dalam 1 yang membolehkan ianya merekod kadar degupan jantung, ECG, oksigen dalam darah (SpO2) dan komposisi badan.

Bacaan Komposisi badan adalah ciri terbaru pada Samsung Galaxy Watch4 dan ianya membolehkan pemakai memperoleh bacaan peratusan lemak badan, otot rangka, jisim lemak, air dalam badan dan BMI.

Bacaan BIA ini dilakukan dengan mudah yang mana anda perlu meletakkan jari anda pada dua butang di sisi dan berada dalam keadaan kaku untuk tempoh 15 saat.

Kami mendapati bacaan yang diperoleh dari sensor ini adalah tepat dan sangat berguna untuk anda sentiasa mengawasi tahap kesihatan diri.

Walaubagaimanapun, ciri kesihatan penting seperti ECG dan tekanan darah hanya boleh digunakan apabila Samsung Galaxy Watch4 ini digunakan bersama peranti Samsung sahaja.

Selain itu, Samsung Galaxy Watch4 juga menyokong lebih dari 90 jenis aktiviti kecergasan untuk laporan kecergasan yang lebih menyeluruh.

ULASAN : Samsung Galaxy Watch4 - Jam Pintar WearOS dengan ciri bacaan komposisi badan 20

Jangka Hayat Bateri

Samsung Galaxy Watch4 tampil dengan bateri berkapasiti 361mAh yang dilihat mampu menawarkan sehingga 2 hari penggunaan dengan satu pengecasan penuh.

Selain itu, jika anda seorang yang tidak begitu aktif didalam aktiviti kecergasan, Samsung Galaxy Watch4 dilihat mampu bertahan sehingga 3 hari pada satu pengecasan.

Bercakap mengenai soal pengecasan, Samsung Galaxy Watch4 disertakan dengan satu pad pengecasan magnetik yang disertakan didalam kotak dan ianya mengambil masa sekitar 1 jam 30 minit untuk mencapai pengecasan penuh.

ULASAN : Samsung Galaxy Watch4 - Jam Pintar WearOS dengan ciri bacaan komposisi badan 21
Penutup

Samsung Galaxy Watch4 merupakan sebuah jam pintar yang melengkapkan lagi ekosistem Samsung dan penggunaan WearOS buat pertama kali juga memberikan pengguna akses kepada aplikasi popular di Google Play Store.

Walaupun Samsung Galaxy Watch4 boleh digunakan pada iPhone dan peranti Android yang lain, jam pintar ini dilihat difokuskan kepada pengguna telefon pintar Samsung Galaxy.

Dengan harga yang dibayar,  untuk memaksimakan kepuasan penggunaan , Samsung Galaxy Watch4 adalah sebuah jam yang wajib digunakan pada telefon pintar Samsung sahaja.

Samsung Galaxy Watch4 kini ditawarkan di Malaysia pada harga RM 999 bagi versi 44mm manakala Samsung Galaxy Watch4 Classic versi 46mm pula ditawarkan pada harga RM 1,399.

Dapatkan Samsung Galaxy Watch4 di Samsung Experience Store atau Samsung Online Store.

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.