HUAWEI Mate X2 Collector Edition kini rasmi dengan harga sekitar RM 12,905
HUAWEI secara rasminya telah melancarkan HUAWEI Mate X2 Collector Edition yang merupakan satu versi eksklusif telefon pintar foldable HUAWEI ini.
HUAWEI Mate X2 Collector Edition tampil dengan reka bentuk panel belakang berasaskan kulit yang tampil didalam tiga kemasan warna iaitu hitam, merah dan putih.
Selain itu, HUAWEI Mate X2 Collector Edition juga menggunakan kaca nano-kristal pada skrin luar yang lebih tahan lasak.
Lain-lain spesifikasi HUAWEI Mate X2 Collector Edition adalah sama seperti HUAWEI Mate X2 yang bermaksud ianya hadir dengan dua skrin paparan OLED iaitu skrin berukuran 8-inci pada bahagian dalam yang mempunyai kadar nisbah 8:7.1 dengan nisbah 2480 x 2200 manakala skrin dibahagian luar adalah panel 6.45-inci dengan nisbah 21:9.
Skrin paparan OLED pada Huawei Mate X2 Collector Edition ini adalah yang menyokong kadar segar semula 90Hz namun panel bahagian dalaman juga menyokong DCI-P3 namun kadar pensampelan skrin pada bahagian luar adalah lebih tinggi iaitu 240Hz berbanding 180Hz pada skrin dalam.
Beralih kepada modul kamera pula, Huawei Mate X2 Collector Edition menampilkan tetapan quad-kamera iaitu sensor utama 50MP RYYB dengan aperture f/1.9, OIS dan rakaman video 4K.
Sensor kedua yang kami ingin perkatakan adalah sensor persikop RYYB 8MP yang menawarkan 20x zoom hibrid dan sehingga 100x zoom digital. Terdapat juga satu sensor zoom 12MP yang menawarkan pengzooman optik 3x.
Sensor keempat yang ada pada Huawei Mate X2 Collector Edition adalah sensor ultrawide 16MP yang juga berfungsi sebagai sensor makro dengan jarak penggambaran sejauh 2.5cm sahaja.
Beralih ke bahagian dalaman, Huawei Mate X2 Huawei Mate X2 Collector Edition akan hadir dengan cipset Kirin 9000 5G yang juga disertakan dengan Mali-G78 MP24 GPU, 12GB RAM, 512GB storan dalaman dan antaramuka HarmonyOS 2.0.
Huawei Mate X2 Collector Edition juga mempunyai bateri berkapasiti 4,500mAh yang menampilkan sokongan Huawei SuperCharge 55W.
Akhir sekali, Huawei Mate X2 Collector Edition akan ditawarkan pada harga CNY 19,699 (RM 12,095) dan akan mula memasuki pasaran China pada bulan Disember.