Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Samsung Galaxy S22 Ultra dengan cip Exynos 2200 di kesan pada Geekbench

Samsung Galaxy S22 Ultra dengan cip Exynos 2200 di kesan pada Geekbench 1

Samsung Galaxy S22 Ultra dengan cip Exynos 2200 di kesan pada Geekbench 2

Samsung Galaxy S22 Ultra telah dikesan di ujian Geekbench dengan menggunakan pemproses Exynos 2200.

Walaupun mata ujian bagi peranti yang belum dilancarkan tidak mendedahkan apa-apa, pemproses Exynos 2200 ini dilihat adalah setaraf dengan cip Snapdragon 888 dan cip Tensor.

Samsung Galaxy S22 Ultra dengan cip Exynos 2200 di kesan pada Geekbench 3
Samsung Galaxy S22 Ultra yang dikesan di Geekbench ini mempunyai 8GB RAM dengan nombor model SM-S908B dan ini memberikan pengesahan bahawa Samsung Galaxy S22 Series akan dilancarkan didalam varian Snapdragon dan Exynos.

Samsung Galaxy S22 Series dijangka akan dilancarkan secara rasmi pada 8 Februari 2022 didalam tiga varian iaitu Samsung Galaxy S22, Samsung Galaxy S22+ dan Samsung Galaxy S22 Ultra.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.