Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Peranti HUAWEI mungkin boleh guna GMS dengan penjenamaan pihak ketiga


Menurut laporan terbaru daripada Bloomberg, HUAWEI sedang mengkaji kemungkinan untuk memberikan hak penggunaan reka bentuk telefon pintar mereka kepada syarikat pihak ketiga yang membolehkanya memintas sekatan yang dikenakan oleh larangan perdagangan AS.

Salah satu syarikat yang dikatakan adalah Xnova – salah satu unit China Postal and Telecommunications Appliances Co. (PTAC) dan TD Tech Ltd. Xnova telah mula menjual telefon pintar HUAWEI nova pada platform atas talian mereka.

Dengan memberikan hak rekaan kepada syarikat pihak ketiga, HUAWEI boleh menggunakan komponen seperti cip TSMC dan modem 5G untuk telefon pintar mereka.

Langkah ini mungkin membolehkan Google Mobile Services kembali ditawarkan pada peranti HUAWEI namun bukan dibawah jenama syarikat ini sendiri.

Ini bermaksud syarikat ini akan menjual telefon pintar HUAWEI dibawah jenama mereka yang tersendiri.

Buat masa ini, HUAWEI belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi mengenai perkara ini.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.