Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

HUAWEI tawar penggantian bateri RM 99 dan diskaun 60% bagi gantian skrin retak


HUAWEI Malaysia telah mengumumkan kempen pembaikan peranti HUAWEI Service Carnival yang kini dari 20 Oktober sehingga 31 Disember 2021.

Antara tawaran menarik yang ditawarkan adalah penggantian bateri pada harga RM 99 bagi model telefon pintar terpilih seperti yang disenaraikan dibawah:

HUAWEI P Series – P9, P9 Plus, P9 Lite, P10, P10 Lite, P20, P20 Pro, P30 & P30 Pro

HUAWEI Mate Series – Mate 8, Mate9, Mate9 Pro, Mate10, Mate10 Pro, Mate 10 Porsche Design, Porsche Design Mate RS, Mate 20 & Mate 20 Pro

HUAWEI nova Series – nova 2 Plus, nova 2 Lite, nova 2i , nova 3i, nova 3e , nova 4e , nova lite dan nova 7i.

Selain itu, HUAWEI juga menawarkan diskaun sehingga 60% bagi penggantian skrin retak dan 50% diskaun bagi penggantian panel belakang . Penggantian ini juga disertakan dengan 90 hari waranti dan 20% diskaun bagi pembelian HUAWEI Care.

Lebih-lebih lagi, HUAWEI juga menawarkan langganan HUAWEI Cloud pada harga serendah RM 1 sahaja.

Maklumat lanjut mengenai HUAWEI Service Carnival boleh diketahui di SINI

Sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.