Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Oppo A16K kini rasmi di Malaysia – harga RM 549


Oppo secara rasminya telah mengumumkan pelancaran Oppo A16K untuk pasaran Malaysia dan telefon pintar kelas entry-level ini ditawarkan pada harga RM 549 sahaja.

Oppo A16K hadir dengan reka bentuk panel belakang 3D memberikan profil peranti yang nipis iaitu hanya 7.85mm dengan berat 175 gram sahaja.

Telefon pintar terbaru Oppo ini hadir dengan skrin paparan HD+ berukuran 6.52-inci dengan ciri All-day Eye Care yang membawakan fungsi seperti Sunlight Display, Moonlight Display dan AI Smart Backlight. Skrin ini juga dilapisi gelas keselamatan Corning Gorilla Glass 3.


Selain itu, Oppo A16K juga memiliki pemproses Helio G35, 3GB RAM, 32GB storan dalaman dan antaramuka ColorOS 11.1 yang terbaru.

Dalam pada itu, Oppo A16K juga mempunyai bateri berkapasiti 4,320mAh, kamera belakang 13MP dan kamera selfie 5MP.

Oppo A16K kini ditawarkan di Malaysia didalam dua warna iaitu hitam dan biru pada harga RM 549.

Anda boleh mendapatkan Oppo A16K di My OPPO Space, OPPO Brand Store, OPPO Official Online Store, wakil pengedar rasmi OPPO, Shopee dan Lazada

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.