Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Apple iPhone pertama didunia dengan slot USB-C telah dijual pada harga sekitar RM 358,000


Ken Pillonel, seorang pelajar bidang robotik telah berjaya mengubahsuai Apple iPhone X dengan meletakkan port USB-C sebagai pengganti kepada port lighting dan beliau telah melelong prototaip hasil kerja beliau ini di eBay.

Selepas menerima 116 bidaan, prototaip Apple iPhone X dengan port USB-C pertama didunia ini telah dijual pada harga $86,001

Menurut Pillonel, langkah pertama adalah memastikan semua komponen elektronik didalam peranti berfungsi seperti biasa sebelum melakukan rekaan semula penyambung Apple C94 dan mencipta PCB khas bersama slot USB-C. Selepas itu proses pemasangan pada iPhone X dilakukan dan ianya berfungsi tanpa sebarang masalah.

Pillonel juga berkata bahawa ianya adalah koleksi terhebat bagi Apple fanboy diluar sana namun beliau juga memberikan amaran bahawa unit prototaip ini tidak boleh dikemaskini, di set semula atau digunakan sebagai peranti harian.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.