Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Lebih dari 1,000 unit realme GT Neo2 dijual di Shopee dalam masa 2 jam


realme GT Neo2 telh dilancarkan di Malaysia pada awal bulan ini sebelum ianya mula ditawarkan untuk pembelian pada 11 November.

Sambutan yang diterima bagi telefon pintar killer flagship ini adalah sangat baik dimana lebih daripada 1,000 unit realme GT Neo2 telah habis dijual didalam masa 2 jam sahaja di stor rasmi realme di Shopee.

realme GT Neo2 ini telah ditawarkan pada harga istimewa RM 1,999 sahaja iaitu RM 100 lebih murah berbanding harga jualan runcit.

Dalam pada itu, jumlah jualan pada hari pertama jualan mungkin lebih tinggi jika jualan di platform Lazada turut diambil kira.

realme GT Neo2 kini boleh dibeli di Lazada dan Shopee pada harga RM 2,099.

realme GT Neo2 – Telefon Pintar Flagship Terbaik Untuk Gaming, Pilihan Top Sempena 11.11 Kali ini

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.