Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Astro kini menawarkan penstriman Netflix – pakej baharu turut diperkenalkan

Astro kini menawarkan penstriman Netflix - pakej baharu turut diperkenalkan 1

Astro kini menawarkan penstriman Netflix - pakej baharu turut diperkenalkan 2
Astro secara rasminya telah mengumumkan pelanggan Astro kini boleh menstrim Netflix di Astro TV dan menikmati nilai dan penjimatan yang lebih baik dengan pek langganan baharu.

Pek Astro serba baharu direka untuk pelanggan yang menyukai penstriman dan dunia yang berkaitan, membolehkan mereka menstrim semua rancangan yang mereka gemari di Ultra Box dan akan turut ditawarkan kepada pengguna Ulti Box tidak lama lagi.

Astro kini menawarkan penstriman Netflix - pakej baharu turut diperkenalkan 3
Pelanggan kini boleh menikmati rancangan kegemaran mereka semua di satu tempat dengan Astro, daripada perkhidmatan penstriman global seperti Netflix, Disney+ Hotstar, HBO GO, iQIYI, TVBAnywhere+ serta semua rancangan utama Astro dan sukan langsung terbaik di satu tempat.

Pelanggan mempunyai pilihan untuk kekal menggunakan pek semasa mereka, Pek baharu Astro ditawarkan dengan kontrak fleksibel antara 0, 12 atau 24 bulan untuk memenuhi keutamaan pelanggan dan Astro juga menawarkan rebat berdasarkan tempoh kontrak yang dipilih.

Astro kini menawarkan penstriman Netflix - pakej baharu turut diperkenalkan 4

Selain itu, pelanggan yang mendaftar untuk pakej Jalur Lebar Astro juga akan menikmati langganan Netflix percuma selama 3 bulan.

Pakej baharu Astro ialah Primary pack, Entertainment, Sports, Movies, Entertainment Plus, Premium 1, 2, 3 and Platinum. The Entertainment Plus pack, Premium 2, 3, dan Platinum yang termasuk Netflix bersama rancangan Korea & seram terbaik, serta pelbagai hiburan seperti HGTV HD, Cartoon Network HD dan Asian Favourite.

Astro kini menawarkan penstriman Netflix - pakej baharu turut diperkenalkan 5

Pengalaman Astro baharu direka semula secara khusus untuk memperkasakan pelanggan supaya mereka kini boleh menstrim semua rancangan yang mereka gemari di satu tempat, dengan antara muka yang intuitif dan satu bil.

Maklumat lanjut mengenai pelan baharu Astro boleh dilihat di SINI

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.