Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Oppo A95 akan dilancarkan di Malaysia pada 15 November ini

Oppo A95 akan dilancarkan di Malaysia pada 15 November ini 1

Oppo A95 akan dilancarkan di Malaysia pada 15 November ini 2
Oppo secara rasminya telah mengesahkan bahawa telefon pintar Oppo A95 akan dilancarkan di Malaysia pada 15 November ini.

Oppo A95 dilihat sebagai telefon pintar midrange yang hadir dengan reka bentuk OPPO Glow Design yang memberikan penampilan premium.

Oppo A95 akan dilancarkan di Malaysia pada 15 November ini 3

Selain itu, Oppo A95 ini juga telah disahkan akan memiliki bateri berkapasiti 5,000mAh dengan 33W Flash Charge yang mampu memberikan 50% pengecasan didalam masa 38 minit sahaja.

Oppo A95 akan dilancarkan di Malaysia pada 15 November ini 4

Dalam pada itu, Oppo A95 juga akan menggunakan pemproses daripada Qualcomm, 8GB + 5GB RAM dan 128GB storan dalaman.

Pada bahagian kamera, Oppo A95 kelihatan akan tampil dengan tetapan tiga kamera dibelakang dengan satu kamera selfie punch-hole pada skrin paparan AMOLED.

Pelancaran Oppo A95 akan berlangsung pada 15 November ini pada jam 8 malam di Facebook Oppo Malaysia atau di YouTube Oppo Malaysia

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.