Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Stok Apple iPhone 13 Series dijangka terhad sehingga Februari 2022


Kekurangan bekalan cip global telah memberikan kesan kepada semua syarikat telefon pintar dan Apple juga tidak terkecuali.

Walaupun kesan kekurangan bekalan ini tidak terlalu teruk, Apple dilihat masih belum dapat memenuhi permintaan bagi Apple iPhone 13 Series.

Laporan terbaru daripada Digitimes yang bersumberkan pembekal mendakwa bahawa stok bagi Apple iPhone 13 tidak mampu memenuhi permintaan sehingga bulan Februari tahun hadapan.

Kedudukan kewangan Apple yang kukuh sedikit sebanyak telah membantu syarikat ini mengurangkan kesan kekurangan bekalan ini dan TSMC juga telah mengutamakan sebahagian besar kilang pengeluaran untuk cip Apple namun beberapa cip penting masih kekurangan bekalan.

Dalam pada itu, dalam nota kepada pembekal, Tim Cook juga telah mendedahkan bahawa Apple kerugian $6 bilion pada suku sebelum ini dan jumlah ini dijangka akan meningkat pada suku terakhir tahun ini.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.