Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

realme Pad – tablet pertama daripada realme yang akan ditawarkan di Malaysia mulai 11 November ini pada harga serendah RM 799


realme Pad – tablet pertama daripadarealme yang akan ditawarkan di Malaysia mulai 11 November ini pada harga serendah RM 799

Sejak 2018, portfolio produk realme telah berkembang berlipat ganti ganda meliputi pelbagai kategori produk yang termasuk telefon pintar, produk AIoT, produk penjagaan diri dan produk pintar rumah dengan berkonsepkan strategi 1+5+T

Usaha ‘Dare to Leap’ realme ini membolehkan syarikat ini sentiasa berusaha melancarkan produk yang mendapat permintaan daripada peminat realme.

Pada ketika dunia sedang mengalami perubahan kepada norma kehidupan yang baharu, pengguna sudah mula biasa dengan melakukan tugas-tugas rasmi secara maya yang mewujudkan keperluan memiliki sebuah peranti mudah alih yang lebih berkuasa dan kompak.

Sehubungan dengan itu, realme telah melancarkan tablet realme Pad yang merupakan tablet pertama keluaran syarikat ini.

Dalam pada itu, tablet pertama syarikat tidak bermaksud realme mempunyai ruang untuk melancarkan sesuatu yang tidak mampu memenuhi keperluan dan di atas kertas realme Pad dilihat sebagai sebuah produk yang mampu memberikan pengguna satu pakej tablet yang serba lengkap.

Mari kita ketahui ciri-ciri menarik yang dimiliki tablet pertama realme ini :

Skrin Paparan yang menawarkan pengalaman tontonan Imersif 

realme Pad menampilkan penggunaan skrin paparan besar yang tampil dengan reka bentuk nano-edge untuk sisi bezel yang lebih nipis untuk pengalaman tontonan yang lebih imersif.

realme Pad tampil dengan skrin paparan WUXGA+ berukuran 10.4-inci yang mempunyai resolusi padat 2000 x 1200 piksel yang sangat vivid dan terang.

Reka bentuk Ultra-Slim dengan berat hanya 440 gram

Walaupun tampil dengan skrin paparan dan bateri yang besar, realme telah berjaya mengekalkan profil reka bentuk yang nipis dan ringan.

Bagi memastikan perkara ini dicapai, realme telah memilih untuk menggunakan rangka aluminium aloi yang bukan hanya ringan malah mampu menawarkan kualiti premium dan keselesaan kelas pertama.

Hasil akhir yang dicapai oleh realme adalah ketebalan 6.9mm dengan berat hanya 440 gram yang menjadikan realme pad sebagai antara tablet paling ringan dan nipis apabila dibandingkan dengan tablet yang sama di dalam kelasnya.

Ini menjadikan realme Pad satu tablet pilihan terbaik kepada pengguna yang suka menggunakan tablet secara ‘on the go’ tidak kira di mana sahaja.

Bagi menambahkan daya tarikan dan keunikan, realme Pad didatangkan didalam dua warna iaitu Real Grey dan Real Gold.


Quad Speakers dengan Dolby Atmos & pensijilan Hi-Res

Bagi memastikan pemilik realme Pad dapat menikmati hiburan yang lebih imersif dan memuaskan, realme telah melengkapkan tablet ini dengan 4 pembesar suara berkebolehan tinggi dan ianya juga mempunyai Smart PA. Tidak cukup dengan itu, realme Pad juga menyokong Adaptive Surround Sound yang bermaksud tidak pada mod apa anda menggunakan tablet ini, ianya akan memberikan anda pengalaman audio stereo terbaik.

Pembesar suara realme Pad ini juga tampil dengan penalaan Dolby Atmos dan pensijilan Hi-Res yang menjanjikan kualiti bunyi luar biasa.

Bateri Mega berkapasiti 7100mAh 

Satu lagi inovasi yang patut dipuji adalah bagaimana realme berjaya menempatkan bateri berkapasiti 7,100 mAh pada rangka realme yang sangat kompak ini.

Dengan bateri berkapasiti 7,100mAh ini, realme Pad menghapuskan pelbagai batasan yang memastikan tablet anda mempunyai bateri yang mampu menawarkan anda jamgka hayat bateri yang lebih daripada keperluan. Ianya mampu menawarkan sehingga 65 hari didalam mod Standby atau menonton marathon video selama 12 jam tanpa henti.

Jika ada ketika anda mempunyai keperluan untuk pengecasan, realme Pad juga mempunyai sokongan pengecasan pantas 18W Quick Charge dan terdapat juga sokongan reverse charging yang bermaksud tablet ini juga boleh berfungsi sebagai sebuah powerbank pada waktu kecemasan namun pastikan anda mempunyai kabel data OTG (USB-C ke USB-C).

Cip Pemprosesan Helio G80 

realme Pad menjanjikan prestasi pemprosesan terbaik didalam kelas harga kerana tablet ini dikuasakan dengan cip octa-core Helio G80 yang menawarkan prestasi CPU yang 35% lebih baik berbanding generasi sebelum ini manakala GPU Mali G52 950MHz yang digunakan pada tablet ini adalah sekitar 20% lebih baik berbanding generasi sebelum ini. Hasilnya pengguna dapat menikmati kualiti imej dan kadar bingkai yang lebih stabil ketika gaming.

Pada pendapat kami, pelancaran realme Pad di Malaysia adalah tepat pada masanya kerana memiliki sebuah tablet yang berkuasa dan mudah alih adalah menjadi satu kemestian.

Kami percaya, realme Pad akan menjadi antara tablet Android terhangat di Malaysia kerana ianya memiliki spesifikasi terbaik yang mampu memenuhi keperluan hiburan dan profesional pengguna.

Jualan Pertama tablet pertama realme adalah pada 11 November (11.11)

realme Pad akan mula ditawarkan di Malaysia pada harga serendah RM 799 dan jualan pertama tablet pertama realme ini akan berlangsung pada 11 November 2021.

Berikut adalah harga realme Pad yang akan ditawarkan di Malaysia secara eksklusif di Shopee bermula 11 November ini :

realme Pad Wi-Fi 3/32GB – RM 799 (RRP:RM899)

Link jualan: https://bit.ly/rpad332pr

realme Pad LTE 3/32GB – RM 849 (RRP:RM949)

Link jualan:https://bit.ly/rpad332pr

realme Pad LTE 4/64GB – RM 999

Link jualan:https://bit.ly/rpad464pr

realme Pad LTE 6/128GB – RM 1,199

Link jualan:https://bit.ly/rpad6128pr

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.