Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

realme narzo 50i – Peranti Hiburan Mampu Milik

realme narzo 50i – Peranti Hiburan Mampu Milik 

realme, syarikat telefon pintar terpantas global untuk mencapai angka jualan 100 juta unit telah mengumumkan pelancaran realme narzo 50i ke pasaran Malaysia sebagai sebuah peranti hiburan pada harga yang sangat berpatutan.

realme Narzo adalah sebuah siri telefon pintar yang menawarkan pengguna barisan telefon pintar yang menawarkan hiburan dan reka bentuk unik pada harga yang lebih berpatutan

Berikut adalah kelebihan yang dimiliki realme narzo 50i sebagai sebuah peranti hiburan mampu milik : 

Reka bentuk Diagonal Stripe

Setiap telefon pintar yang dihasilkan oleh realme akan mempunyai reka bentuk yang unik dan menarik perhatian dan realme narzo 50i menampilkan reka bentuk Diagonal Stripe yang memaparkan personaliti dan keperibadian golongan muda. ianya juga sangat selesa untuk dipegang dengan reka bentuk yang nipis iaitu hanya 8.9mm.

realme narzo 50i ditawarkan didalam dua warna menarik iaitu Mint Green dan Carbon Black.

Skrin Paparan berukuran 6.5-inci – Pengalaman Permainan Video , Tontonan Video dan Audio yang Imersif

realme narzo 50i hadir dengan skrin paparan 6.5-inci dengan nisbah 20:9 yang memberikan pengguna satu paparan terbaik untuk pelbagai senario termasuk gaming, video dan banyak lagi.

Reka Bentuk Skrin Mini-Drop

Struktur dalaman skrin realme narzo 50i kini mengadaptasi proses susunan komponen yang terbaru.

Ini membolehkan setiap komponen didalam skrin disusun dengan lebih rapat tanpa menjejaskan fungsi skrin.

Ruang mini-drop pada realme narzo 50i adalah 30.9% lebih kecil berbanding skrin dew-drop lain dipasaran sekaligus meningkatkan nisbah skrin kepada badan ke tahap 88.7%.

Ini memberikan pengguna satu pengalaman skrin tanpa gangguan visual ketika kerja atau bermain.

Bateri Berkapasiti 5000mAh

realme narzo 50i telah disertakan dengan bateri berkapasiti 5,000mAh yang menawarkan anda ketenangan minda untuk melakukan pelbagai aktiviti kegemaran anda pada telefon pintar ini tanpa perlu risau akan kehabisan bateri di tengah hari.

Dalam pada itu, kapasiti bateri 5,000mAh yang ditawarkan pada telefon pintar ini juga membolehkan realme narzo 50i berfungsi sebagai powerbank bagi mengecas peranti lain yang kehabisan bateri kerana ianya juga disertakan dengan fungsi OTG reverse charge yang amat berguna.

Sehubungan dengan itu, bateri berkapasiti 5,000mAh membolehkan anda berjauhan dengan proses pengecasan untuk tempoh yang panjang, namun apabila diperlukan, realme telah memastikan bahawa proses pengecasan realme narzo 50i berlaku didalam waktu yang pantas.

Dalam pada itu, realme narzo 50i juga tampil dengan Ultra Saving Mode yang menawarkan anda 2 hari waktu standby atau 2.2 jam waktu panggilan dengan 5% bateri sahaja.

Jualan Pertama realme narzo 50i akan berlangsung pada 11 November (11.11)


realme narzo 50i akan ditawarkan di Malaysia pada harga RM399 (RRP:RM499) dan jualan pertama telefon pintar ini akan berlangsung pada 11 November 2021.

Dapatkan realme narzo 50i https://bit.ly/rn50i464pr

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.