Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

HUAWEI nova 9 kini di Malaysia dengan Skrin OLED 120Hz dan Snapdragon 778 4G – harga RM 1,999


HUAWEI Mobile Malaysia secara rasminya telah melancarkan telefon pintar terbaru didalam siri HUAWEI nova iaitu HUAWEI nova 9 dengan harga RM 1,999.

HUAWEI nova 9 ini hadir dengan pemproses Snapdragon 778G 4G, 8GB RAM dan storan dalaman 256GB.

HUAWEI nova 9 hadir dengan skrin paparan OLED 1.07 bilion warna berukuran 6.57-inci yang mempunyai resolusi FHD+. Skrin ini juga mempunyai sokongan kadar segar semula 120Hz dan sensor capjari dalam skrin. Kamera nova 9 adalah sensor 32MP.


Dalam pada itu, pada bahagian belakang, 
HUAWEI nova 9 juga memiliki sensor utama RYYB 50MP, sensor ultrawide 8MP, sensor makro 2MP dan sensor depth 2MP.

HUAWEI nova 9 juga disertakan dengan bateri 4,300mAh dengan pengecasan pantas 66W yang mampu mengecas penuh peranti didalam masa 38 minit sahaja.

HUAWEI nova 9 juga hadir dengan sistem operasi EMUI 12 dan ianya ditawarkan didalam dua warna iaitu Black dan Starry Blue.

The HUAWEI nova 9 akan dibuka untuk pra-tempahan mulai hari ini sehingga 19 November 2021 di HUAWEI Store Online, Senheng, HUAWEI Official Store di Shopee dan HUAWEI Flagship Store di Lazada

Setiap pra-tempahan  HUAWEI nova 9 akan turut menerima HUAWEI FreeBuds Pro bernilai RM 699 secara percuma dan perkhidmatan HUAWEI Mobile Services bernilai RM 130.

Pengguna baharu HUAWEI Mobile Services akan menerima langganan seperti berikut ;

  • Percuma 50GB cloud storage untuk 1 bulan
  • HUAWEI Video+ Unlimited Pass untuk 1 bula
  • 3 bulan percubaan HUAWEI Music Premium
  • Kredit buku percuma di HUAWEI Books
  • In-game gift packs percuma di HUAWEI AppGallery
  • 30% diskaun bagi pembelian HUAWEI Themes yang terpilih.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.