Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Google Pixel 6 Pro berada didalam 10 telefon pintar dengan kamera terbaik pada ujian DxOMark


DxOMark telah menguji sistem kamera Google Pixel 6 Pro yang mana telefon pintar keluaran Google ini sentiasa mendapat pandangan positif dari segi kualiti imej yang mampu dihasilkan.

Ujian Kamera DxOMark mendedahkan bahawa Google Pixel 6 Pro berjaya menjadi antara 10 telefon pintar dengan teknologi kamera terbaik dipasaran iaitu di tempat 7 di belakang telefon pintar daripada Apple, Xiaomi dan HUAWEI.

Google Pixel 6 Pro memperoleh 143 mata bagi ujian gambar manakala bagi video ianya memperoleh 115 mata diikuti 71 mata bagi zoom. Mata keseluruhan yang diperoleh oleh Google Pixel 6 Pro adalah 135 mata.

Berikut adalah senarai 10 telefon pintar dengan kamera terbaik yang telah diuji oleh DxOMark :

  1. HUAWEI P50 Pro 144 mata
  2. Xiaomi Mi 11 Ultra 143 mata
  3. HUAWEI Mate 40 Pro+ 139 mata
  4. Apple iPhone 13 Pro Max 137 mata
  5. Apple iPhone 13 Pro 137 mata
  6. HUAWEI Mate 40 Pro 136 mata
  7. Google Pixel 6 Pro 135 mata
  8. Asus Smartphone for Snapdragon Insiders 133 mata
  9. Xiaomi Mi 10 Ultra 133 mata
  10. HUAWEI P40 Pro 132 mata

Kedudukan ini dijangka tidak akan berubah tahun ini memandangkan semua pelancaran telefon pintar utama telah selesai.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.