Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Asus VivoBook Slate 13 OLED kini rasmi – komputer riba boleh tanggal 13.3-inci pertama di dunia dengan Windows


Asus secara rasminya telah melancarkan Asus VivoBook 13 Slate OLED yang merupakan komputer riba boleh tanggal 13.3-inci pertama di dunia dengan Windows dan ianya juga didatangkan dengan stylus ASUS Pen 2.0 yang mempunyai 4096 tahap tekanan.

Asus VivoBook Slate 13 OLED ini hadir dengan skrin paparan 13.3-inci OLED PANTONE yang menyokong input sentuhan dengan resolusi FHD+ dan terdapat juga sokongan Dolby Vision.

Komputer riba unik ini juga hadir dengan cipset Quad-core Intel Pentium Silver N6000 berkelajuan sehingga 3.3 GHz, dua kapasiti RAM LPDDR4x iaitu 4GB atau 8GB, storan eMMC 128GB dan dua pilihan storan PCIe SSD iaitu 128 GB atau 256 GB.

Komputer riba Asus VivoBook Slate 13 OLED ini juga mempunyai dua kamera iaitu satu kamera 13MP di belakang dan satu kamera 5MP di hadapan yang turut disertakan dengan teknologi AI Noise-Canceling Audio.

Selain itu, Asus VivoBook Slate 13 juga mempunyai 4 pembesar suara Dolby Atmos, WiFi 6 (802.11 ax) dengan ASUS WiFi Master, bateri 50Wh dengan pengecasan pantas 65W.


Akhir sekali, setiap Asus VivoBook Slate 13 OLED ini akan didatangkan dengan satu keyboard, cover stand dan ASUS Pen 2.0. Pada tahun 2022, Asus juga akan memperkenalkan dua Asus model VivoBook Slate 13 OLED Artist Edition.

Harga dan tarikh penjualan Asus VivoBook Slate 13 OLED di Malaysia akan diumumkan kelak.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.