Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Kadar susut nilai Apple iPhone adalah terendah antara semua jenama


Laporan  daripada peruncit dalam online elektronik’refurbished’ di UK, musicMagpie, telah mengeluarkan data mengenai susut nilai telefon pintar dalam 12 bulan pertama. tidak mengejutkan, Apple mendahului carta ini, diikuti oleh Samsung yang membuktikan telefon pintar daripada syarikat ini mengekalkan nilai lebih lama berbanding yang lain.

Menurut laporan ini, purata pengguna menukar telefon pintar mereka setiap 16 bulan dan nilai telefon pintar lama mereka adalah sekitar 50%. Telefon pintar Apple dikatakan menyusut nilai sekitar 41% bagi 12 bulan pertama dan ianya meningkat kepada 64% selepas 24 bulan.

Dalam pada itu, telefon pintar Samsung pula susut nilai sekitar 64% pada tahun pertama dan ianya mencapai 77% pada tahun kedua.

Dalam pada itu, telefon pintar keluaran OnePlus menyaksikan penyusutan nilai sekitar 69% pada tahun pertama dan ianya hampir 78% pada tahun kedua.

Selain itu, HUAWEI dan Google juga tidak mampu mengekalkan nilai yang mana ianya masing-masing kehilangan 75% atau 65% daripada nilai peranti pada tahun pertama sahaja.


Selain itu, data ini juga menunjukkan bahawa nilai iPhone 12 Series kekal lebih dari 50% harga ketika pembelian.

Walaupun data ini adalah untuk pengguna di United Kingdom, ianya boleh dikatakan hampir sama di Malaysia kerana telefon pintar daripada Apple mempunyai nilai yang baik berbanding jenama lain diikuti Samsung.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.