Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

ULASAN : Asus ROG Phone 5s Pro – Peranti Gaming yang semuanya Pro

ULASAN : Asus ROG Phone 5s Pro - Peranti Gaming yang semuanya Pro 41
Pengenalan

Republic of Gamers, sebuah nama yang sangat gah di arena peranti gaming kini kembali lagi dengan satu lagi telefon pintar gaming yang meneruskan lagi tradisi pelancaran 2 generasi peranti gaming flagship Asus ROG Phone setiap tahun.

Pada bulan Mac yang lalu, Asus telah memperkenalkan ROG Phone 5 sebagai pengganti kepada Asus ROG Phone 3 yang masih menjadi pujaan ramai sehingga kini dan selang 6 bulan kemudian, Asus kini telah memperkenalkan Asus ROG Phone 5s dan Asus ROG Phone 5s Pro yang menunjukkan komitmen syarikat ini untuk kekal sebagai peneraju pasaran telefon pintar gaming global.

Sebagai sebuah jenama yang mana DNA utama adalah produk gaming, Asus ROG Phone 5s dan Asus ROG Phone 5s Pro diharap dapat meneruskan kejayaan positif yang dikecapi oleh Asus ROG Phone 5 dan pada masa yang sama membaiki kelemahan yang ada pada generasi sebelum ini.

Sebelum kita mengulas lebih mendalam tentang Asus ROG Phone 5s Pro. telefon pintar gaming Asus ini juga hadir didalam versi biasa iaitu ROG Phone 5s namun generasi kali ini tidak hadir didalam versi Ultimate Edition namun digantikan dengan ROG Phone 5s Pro yang tampil dengan 18GB RAM.

Berikut adalah harga penjualan Asus ROG Phone 5s di Malaysia :

Asus ROG Phone 5s Series

ROG Phone 5s 8GB RAM / 128GB RM 2,999

ROG Phone 5s 16GB RAM / 256GB RM 3,799

ROG Phone 5s Pro 18GB RAM /512GB RM 4,999

Maklumat harga Asus ROG Phone 5s ini juga bermaksud bahawa Asus menawarkan telefon pintar ini pada harga yang sama seperti generasi sebelum ini namun dengan penggunaan cip pemprosesan yang lebih berkuasa.

ULASAN : Asus ROG Phone 5s Pro - Peranti Gaming yang semuanya Pro 42

Buka Kotak

Pengalaman buka kotak telefon pintar Asus ROG Phone adalah sesuatu yang unik sejak dari generasi pertama Asus ROG Phone. Asus meneruskan reka bentuk kotak dengan reka bentuk anime seperti pada Asus ROG Phone 5 namun kotak ROG Phone 5s Pro ini adalah lebih premium dan menawarkan pengguna satu pengalaman unboxing yang tiada tandingan.

Walaupun pada ROG Phone 5 tiada penggunaan kotak prism segitiga yang unik namun ROG Phone 5s Pro kali ini tampil semula dengan reka bentuk kotak segi tiga yang unik dan sinonim dengan ROG Phone. ROG Phone 5s Pro ini hadir didalam satu pilihan warna sahaja iaitu Phantom Black

Selain itu didalam kotak ROG Phone 5s Pro ini , Asus juga menyertakan kipas penyejuk AeroActive cooler 5, adapter pengecasan Asus HyperCharge 65W, kabel USB -C ke USB-C yang ditenun, AeroCase , kad waranti dan koleksi pelekat ROG yang eksklusif untuk pemilik telefon pintar ROG ini.

Dalam pada itu, jika anda masih ingat, Asus tidak menyertakan sebarang getah penutup gantian untuk slot USB-C dan magnetik pada bahagian sisi dengan pembelian  Asus ROG Phone 5 namun syarikat ini menawarkan getah penutup gantian pada Asus ROG Phone 5s Pro yang pasti memberikan kelegaan kerana getah ini adalah amat mudah tercicir.

Berikut adalah isi kandungan kotak ROG Phone 5s Pro :

ULASAN : Asus ROG Phone 5s Pro - Peranti Gaming yang semuanya Pro 49
Reka Bentuk

Telefon pintar gaming Asus ROG ini mempunyai satu indentiti yang tersendiri yang memastikan telefon pintar sentiasa menonjol.

Walaubagaimanapun, Asus telah membuat keputusan untuk memberikan ROG Phone 5s Pro satu kemasan yang lebih ‘normal’ berasaskan gelas dengan skrin ROG Vision yang eksklusif pada model Pro dan reka bentuk modul kamera masih kekal seperti generasi sebelum ini.

Selain daripada itu, ROG Phone 5s Pro juga telah kehilangan potongan gril-gril ventilasi untuk mengeluarkan haba dari peranti.

Panel belakang yang dilapisi gelas keselamatan Gorilla 3 (hanya panel hadapan hadir dengan lapisan Gorilla Glass Victus).

Walaubagaimanapun kemasan panel belakang yang berkilau menjadikan ROG Phone 5s Pro sebuah telefon pintar yang mudah dicemari dengan kesan capjari namun untuk itu Asus juga menyertakan AeroCase didalam kotak yang tampil dengan kemasan matte dan bergerigi untuk lebih cengkaman.

Beralih kepada bahagian hadapan, Asus ROG Phone 5s Pro tampil dengan skrin paparan yang sama seperti generasi lalu iaitu ROG Phone 5 dan profil keseluruhan telefon pintar ini tidak berbeza.

ULASAN : Asus ROG Phone 5s Pro - Peranti Gaming yang semuanya Pro 50

Slot sisi untuk aksesori ROG dan pengecasan USB-C pada mod landskap

Dalam pada itu, bezel pada sisi skrin ROG Phone 5s Pro kini lebih nipis iaitu 25% lebih nipis berbanding ROG Phone 3 dan ini membolehkan skrin paparan yang digunakan pada iterasi ini adalah lebih besar iaitu 6.78-inci berbanding 6.59-inci pada telefon pintar ROG 2020.

Sebelum menutup bahagian reka bentuk, kami ingin menyebut sedikit mengenai susunan komponen dalaman Asus ROG Phone 5s Pro yang unik.

Asus telah meletakkan papan utama dan cip pemprosesan ROG Phone 5s Pro pada bahagian tengah iaitu diantara dua sel bateri berkapasiti 3,000mAh.

ULASAN : Asus ROG Phone 5s Pro - Peranti Gaming yang semuanya Pro 51

Ini dilihat akan membantu ROG Phone 5s Pro mengeluarkan haba yang dihasilkan dari peranti dengan lebih efektif dan ianya juga adalah selari dengan lokasi kipas AeroActive 5 dipasang yang mana pada generasi kali ini mempunyai dua butang fizikal.

ULASAN : Asus ROG Phone 5s Pro - Peranti Gaming yang semuanya Pro 52

Bercakap mengenai butang, pada bahagian sisi ROG Phone 5s Pro terdapat dua butang AirTrigger yang sentisitif kepada sentuhan dan boleh di pra-tetap pada permainan video tertentu sebagai butang trigger atau apa sahaja butang yang anda mahu. ROG 5s Pro juga mempunyai dua lagi sensor AirTrigger pada panel belakang.

ULASAN : Asus ROG Phone 5s Pro - Peranti Gaming yang semuanya Pro 50

Selain itu, pada bahagian sisi juga terdapat slot SIM yang hadir didalam kemasan berwarna merah dan ianya menyokong dua kad nano-SIM.

Pada bahagian bawah, terdapat satu lagi slot USB-C, gril audio dan bicu audio 3.5mm yang membuat penampilan semula pada ROG Phone 5 Series dan diteruskan pada ROG Phone 5s Series.

ULASAN : Asus ROG Phone 5s Pro - Peranti Gaming yang semuanya Pro 54

Skrin Paparan

Asus ROG Phone 5s Pro tampil dengan skrin paparan OLED 144Hz yang mempunyai resolusi FHD+ (2248 x 1080p) yang mana ianya adalah panel yang sama seperti ROG Phone 5 dan anda pasti gembira untuk mengetahui bahawa panel skrin ini juga dilapisi gelas keselamatan Corning Gorilla Glass Victus.

Panel skrin berukuran 6.78-inci adalah jenis E4 keluaran Samsung dan ianya menawarkan pengguna satu paparan yang lebih terang walaupun dibawah cahaya mahatari yang terik.

Asus ROG Phone 5s Pro juga menawarkan kadar latensi sentuhan pada skrin paling rendah dipasaran iaitu hanya 24ms manakala latensi slide pula adalah 18ms.

Selain itu, tetapan skrin Asus ROG Phone 5s Pro juga menawarkan anda pilihan untuk menetapkan kadar segar semula maksima yang anda rasa sesuai.

Anda boleh memilih kadar 60Hz, 120Hz, 144Hz atau memilih untuk menggunakan kadar segar semula yang dipilih secara automatik oleh sistem peranti bergantung kepada kandungan yang dipaparkan pada skrin dan anda boleh melihat tetapan ini pada bahagian atas skrin.

Walaubagaimanapun, setakat ini kadar segar semula yang dimiliki oleh kebanyakkan telefon pintar flagship utama popular masih belum dapat digunakan pada potensi sepenuhnya.

Koleksi permainan video yang menyokong kadar segar semula yang tinggi mungkin tidak terlalu banyak namun Asus membekalkan anda permainan video ini dibahagian Armoury Crate.

ULASAN : Asus ROG Phone 5s Pro - Peranti Gaming yang semuanya Pro 55

Antara kategori permainan yang ditawarkan pada bahagian Featured di Armoury Crate adalah kategori permainan video yang menyokong kadar 144Hz, permainan yang menyokong kadar 120Hz, permainan yang menyokong penggunaan GamePad, AirTriggers dan ROG Select.

Selain itu, kadar kecerahan skrin yang ditawarkan oleh Asus ROG Phone 5s Pro juga adalah 23% lebih baik berbanding skrin paparan yang digunakan daripada Asus ROG Phone 3 dan terdapat juga mod always-on untuk paparan maklumat atau notifikasi penting tanpa perlu membuka telefon pintar.

Akhir sekali, ROG Phone 5 juga memiliki HDR10+ dan Widevine L1 yang bermaksud anda boleh menikmati kandungan pada kualiti terbaik diplatform penstriman seperti Netflix dan Amazon Prime Video.

ULASAN : Asus ROG Phone 5s Pro - Peranti Gaming yang semuanya Pro 56
Skrin ROG Vision

Satu lagi keunikan Asus ROG Phone 5s Pro ini adalah ianya tampil dengan satu paparan matrix PMOLED yang dikenali sebagai ROG Vision.

ROG Vision adalah sebuah paparan berwarna yang memaparkan animasi menarik mengikut beberapa senario terpilih seperti panggilan masuk, pengecasan, screen on, ketika mula melancarkan permainan video, X mode dan penggunaan aksesori ketiga.

ULASAN : Asus ROG Phone 5s Pro - Peranti Gaming yang semuanya Pro 57

Setiap senario ini mempunya beberapa pilihan animasi grafik yang boleh ditetapkan dan Asus juga menawarkan anda kebebasan untuk mereka bentuk animasi ini mengikut citarasan anda.

ULASAN : Asus ROG Phone 5s Pro - Peranti Gaming yang semuanya Pro 58

Pemproses

Kekuatan Asus didalam memaksimakan potensi sesebuah cipset telah terbukti sejak pelancaran generasi pertama Asus ROG Phone. Pelancaran generasi ‘S’ ini juga bermaksud Asus ROG Phone 5s Pro kini tampil dengan cip pemprosesan flagship terbaru daripada Qualcomm iaitu Snapdragon 888+ yang mana tidak menawarkan perbezaan prestasi yang ketara apabila dibandingkan dengan cip Snapdragon 888

Seperti kebanyakkan telefon pintar flagship Android dipasaran, Asus ROG Phone 5s Pro menampilkan cipset Qualcomm Snapdragon 888+ dengan optimasi sistem dan perisian dalaman yang mampu meletakkanya sebagai telefon pintar terbaik dipasaran sepanjang tahun ini.

Armoury Crate sekali lagi menjadi tunjang utama kepada Asus ROG Phone 5s Pro dan anda diberikan pilihan untuk memastikan setiap inci pretasi cipset flagship Snapdragon 888+ ini dapat dikeluarkan untuk keperluan anda.

Walaubagaimanapun perbezaan paling ketara antara Asus ROG Phone 5S Pro dan telefon pintar SD 888+ lain dipasaran adalah bagaimana pengurusan haba yang dikeluarkan oleh cipset ini.

Seperti pemproses Snapdragon 888, cipset flagship daripada Qualcomm ini ternyata mengeluarkan haba yang lebih tinggi ketika beroperasi dan sistem penyejukan yang baik adalah sesuatu yang mustahak untuk memastikan prestasi optimum sepanjang masa.

ULASAN : Asus ROG Phone 5s Pro - Peranti Gaming yang semuanya Pro 59

Tindakan bijak Asus untuk mengalihkan papan utama dan cipset ke bahagain tengah peranti membolehkan prestasi pemproses Snapdragon 888+ dikekalkan untuk tempoh yang lama dan ianya juga dibantu dengan kipas AeroActive Cooler 5 yang kini beroperasi betul-betul di atas bahagian komponen pemprosesan utama ROG Phone 5s Pro.

Selain itu, GPU Adreno 660 yang digunakan pada Asus ROG Phone 5s Pro menawarkan hampir 35% peningkatan prestasi berbanding Snapdragon 865 dan Qualcomm Snapdragon Elite Gaming kini juga disertakan dengan teknologi Variable Rate Shading (VRS).

Untuk pengetahuan anda, Asus ROG Phone 5s Pro kami memiliki 18GB RAM jenis LPDDR5 dengan storan dalaman 512GB jenis UFS 3.1 dan ini adalah satu-satunya varian yang ditawarkan untuk versi Pro.

Selain itu, prestasi keseluruhan Asus ROG Phone yang lebih baik berbanding telefon pintar yang memiliki cipset Snapdragon 888+ juga dikatakan kerana keputusan Asus untuk kekal menggunakan skrin paparan dengan resolusi FHD+ dan bukanya QHD+.

Dalam pada itu, Asus ROG Phone 5s Pro juga hadir dengan teknologi HyperFusion yang mana terdapat tiga antena Wi-Fi pada telefon pintar gaming Asus ini yang menghalang isyarat Wi-Fi terhadang dengan jari anda.

Ini memastikan anda mendapat sambungan Wi-Fi yang sentiasa kuat tanpa perlu duduk pada lokasi yang mempunyai isyarat Wi-Fi yang baik.

ULASAN : Asus ROG Phone 5s Pro - Peranti Gaming yang semuanya Pro 60

Untuk memastikan anda mendapat sambungan Wi-Fi yang terpantas, Asus ROG Phone 5s Pro juga menyokong sambungan Wi-Fi Dual-Band yang bermaksud peranti anda tersambung kepada dua rangkaian Wi-Fi (2.4GHz dan 5GHz) secara serentak.

Akhir sekali, pengeluaran haba pada Asus ROG Phone 5s Pro masih ada ketika anda bermain permainan video atau tugas-tugas berat namun ianya tidak begitu ketara sehingga menjadikan Asus ROG Phone 5s Pro ini tidak selesa untuk dipegang.

Dengan cipset kini dibahagian tengah, tangan anda juga kita tidak terlalu hampir kepada sumber haba Asus ROG Phone 5s Pro.

ULASAN : Asus ROG Phone 5s Pro - Peranti Gaming yang semuanya Pro 61

Walaubagaimanapun jika anda merasakan tahap haba yang dikeluarkan oleh ROG Phone 5s Pro tidak begitu selesa, pasangkan sahaja AeroActive Cooler 5 yang disertakan dalam kotak pembelian ROG Phone 5 Pro anda.

FBBF1844-ED0A-49E1-8F7B-34E8973077E6-1024x587.jpeg

Armoury Crate Asus ROG Phone 5s Pro

ROG Phone 5s Pro juga dilengkapi dengan ROG UI yang berasaskan Android 11 dan ianya masih memgekalkan DNA sebuah telefon pintar gaming yang tidak lain dan tidak bukan merupakan satu keunikan kepada telefon pintar Asus ini.

ULASAN : Asus ROG Phone 5s Pro - Peranti Gaming yang semuanya Pro 62

Antara ciri yang kami suka adalah Game Genie dimana ianya menawarkan akses mudah kepada fungsi-fungsi penting ketika didalam gaming.

Selain itu, Game Genie juga membekalkan anda dengan pelbagai informasi penting seperti kadar bingkai, suhu peranti, operasi cipset dan banyak lagi.

ULASAN : Asus ROG Phone 5s Pro - Peranti Gaming yang semuanya Pro 63
Kamera

Pengalaman kamera yang luar biasa pada telefon pintar Gaming bukanlah sesuatu yang menjadi keutamaan namun Asus memberikan kita sebab untuk fikir bahawa kenyataan ini adalah tidak benar.

Asus ROG Phone 5s Pro sekali lagi menampilkan satu pakej kamera yang cukup ‘memadai’ bagi kegunaan fotografi harian.

Asus telah memutuskan untuk kekal menggunakan sensor kamera yang sama seperti pada ROG Phone 3 dan ROG Phone 5 Series iaitu satu pengunaan sensor utama 64MP Sony IMX686, satu sensor ultrawide 13MP dan sensor makro 5MP. Kamera selfie Asus ROG Phone 5s Pro ialah 24MP.

Walaupun sensor kamera yang digunakan adalah sama seperti pada ROG Phone 3, pengunaan cipset Snapdragon 888+ juga membolehkan gambar yang diambil kini diproses oleh Spectra 580 ISP.

Ini membolehkan Asus ROG Phone 5s Pro menawarkan satu prestasi fotografi yang lebih baik berbanding Asus ROG Phone 3 walaupun kedua-duanya masih menggunakan modul kamera yang sama.

Berikut adalah sedikit hasil gambar yang diambil menggunakan Asus ROG Phone 5s Pro :

ULASAN : Asus ROG Phone 5s Pro - Peranti Gaming yang semuanya Pro 78
Bateri

Asus ROG Phone 5s Pro memiliki bateri yang kini diklasifikasikan sebagai kapasiti minima pada telefon pintar ROG iaitu 6,000mAh.

Asus telah menggunakan dua sel bateri berkapasiti 3,000mAh berbanding satu sel bateri 6,000mAh pada Asus ROG Phone 3.

Selain itu, pengunaan dua sel bateri juga membolehkan Asus meningkatkan kadar pengecasan ROG Phone 5s Pro ke tahap 65W tanpa terlalu banyak pembebasan haba dan mengekalkan tahap kualiti bateri yang tahan lama.

Asus telah menggunakan teknologi pengecasan MMT iaitu Middle Middle Tab yang bermaksud pengecasan bateri bermula dari bahagian separa dalam berbanding dari luar dan ini dikatakan mengurangkan galangan dan suhu ketika pengecasan.

Selain itu, Teknologi pengecasan pantas ASUS HyperCharge yang kini pada kadar 65W mampu mencapai tahap pengecasan 70% dalam 30 minit manakala pengecasan penuh boleh diselesaikan didalam masa kurang dari 60 minit (Asus mendakwa pengecasan penuh boleh selesai dalam masa 52 minit).

Selain itu, Asus juga dilihat memberikan perhatian khas kepada jangka hayat bateri dengan pelbagai tetapan yang akan meningkatkan kitaran bateri telefon pintar gaming terbaru Asus ini.

ULASAN : Asus ROG Phone 5s Pro - Peranti Gaming yang semuanya Pro 79

Pembesar Suara (Speaker)

Asus ROG Phone 5s Pro boleh dikatakan sebagai telefon pintar dengan sistem audio yang mampu meletakkanya sebagai antara pendahulu pasaran didalam kategori ini.

Kerjasama Asus dengan pakar akoustik Sweden iaitu Dirac telah membolehkan Asus ROG Phone 5s Pro menawarkan kualiti audio yang  terbaik didalam sejarah telefon pintar Asus ROG Phone.

Selain itu, kerjasama dengan Dirac juga membolehkan ROG Phone 5s Pro hadir dengan satu hub audio yang dikenali sebagai AudioWizard yang berfungsi memberikan anda pelbagai tetapan bunyi yang lebih menyeluruh.

ULASAN : Asus ROG Phone 5s Pro - Peranti Gaming yang semuanya Pro 80
Penutup

Pelancaran Asus ROG Phone 5s Pro selang 6 bulan selepas pelancaran ROG Phone 5 membuktikan bahawa Asus berazam untuk kekal di kemuncak pasaran telefon pintar gaming yang sangat kompetitif ini.

Penggunaan cip Snapdragon 888+ pada Asus ROG Phone 5s Series ini juga membolehkan Asus menawarkan pengguna satu pakej telefon pintar berprestasi tinggi terbaik dipasaran namun pada harga permulaan yang masih relevan dan mampu dimiliki semua.

Bagi anda yang berminat untuk mendapatkan Asus ROG Phone 5s atau ROG Phone 5s Pro, anda masih boleh mendapatkanya di :

Lazada ROG Phone 5s Pro|ROG Phone 5s

Senarai wakil pengedar sah di SINI

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.