Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

HUAWEI MateBook 14s dengan skrin 2.5K 90Hz dan Intel 11th Gen akan dilancarkan pada 28 Oktober ini

HUAWEI MateBook 14s dengan skrin 2.5K 90Hz dan Intel 11th Gen akan dilancarkan pada 28 Oktober ini 3
HUAWEI telah mengesahkan bahawa komputer riba HUAWEI MateBook 14s akan dilancarkan di Malaysia tidak lama lagi yang dikuasakan dengan cip pemprosesan 11th Gen Intel Core H-series (i7-11370H15).

HUAWEI MateBook 14s ini juga hadir dengan reka bentuk yang ringan dan premium untuk memenuhi semua keadaan kegunaan.

HUAWEI MateBook 14s tampil dengan skrin paparan 2.5K HUAWEI FullView Touchscreen yang mempunyai kadar segar semula 90Hz dan merupakan komputer riba pertama untuk tampil dengan HUAWEI SOUND serta 4 pembesar suara yang turut mempunyai tweeter and woofer.

┬áSelain itu, HUAWEI MateBook 14s juga mempunyai sokongan Multi-Screen Collaboration, bateri 60Wh yang menyokong pengecasan pantas 90W – 15 minit pengecasan menawarkan 3 jam penggunaan.

HUAWEI MateBook 14s akan dilancarkan di HUAWEI APAC Autumn Product Launch pada 28 Oktober ini.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.