Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Samsung Galaxy S21 FE kini dikatakan akan dilancarkan pada 11 Januari

Samsung Galaxy S21 FE kini dikatakan akan dilancarkan pada 11 Januari 1

Samsung Galaxy S21 FE kini dikatakan akan dilancarkan pada 11 Januari 2
Samsung telah mengumumkan majlis pelancaran Galaxy Unpacked Part 2 yang akan berlangsung pada 20 Oktober iaitu sehari selepas pelancaran Google Pixel 6 Series.

Andaian awal adalah bahawa Galaxy Unpacked Part 2 ini mungkin menyaksikan pelancaran Samsung Galaxy S21 FE yang telah beberapa kali tertunda.

Walaubagaimanapun, laporan terbaru menyatakan bahawa Samsung Galaxy S21 FE ini hanya akan dilancarkan pada bulan Januari 2022 dengan proses pengeluaran komersial bermula pada Disember 2021.

Selain itu, pelancaran Samsung Galaxy S21 FE pada awal Januari atau menurut sumber pada 11 Januari mungkin bermaksud pelancaran Galaxy S22 Series hanya akan berlangsung sekitar bulan Februari tahun hadapan.

Ini adalah supaya pelancaran Galaxy S22 Series tidak membayangi Galaxy S21 FE yang dilancarkan hanya beberapa minggu sebelum itu.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.