Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Nothing bakal melancarkan telefon pintar pada awal tahun 2022 – cipset Qualcomm

Nothing bakal melancarkan telefon pintar pada awal tahun 2022 - cipset Qualcomm 3
Selepas melancarkan produk pertama syarikat Nothing yang di asaskan oleh Carl Pei iaitu Nothing ear (1) yang merupakan sebuah TWS premium lengkap dengan teknologi ANC.

Untuk pengetahuan, Nothing ear (1) telah dilancarkan di Malaysia minggu lalu pada harga RM 499 dan ianya mendapat sambutan yang baik apabila kesemua unit telah habis terjual didalam sekelip mata.

ULASAN : Nothing ear (1) – TWS Mampu Milik Terbaik Dengan Teknologi ANC

Susulan daripada kejayaan ini, Nothing kini dilihat telah mula mengorak langkah untuk memperkenalkan telefon pintar pertama syarikat ini pada awal tahun 2022.

Perkara ini tidak begitu mengejutkan kerana Carl Pei merupakan pengasas OnePlus sebelum meninggalkan syarikat beberapa bulan lalu dan menubuhkan Nothing.

Selain itu, baru-baru ini Nothing juga telah mengumumkan kerjasama strategik dengan Qualcomm.

Buat masa ini tidak banyak maklumat mengenai telefon pintar Nothing diketahui namun ianya mungkin menjadi sebuah peranti premium dengan harga yang lebih berpatutan.

Selain pelancaran telefon pintar pertama Nothing, syarikat ini juga bakal melancarkan powerbank jenama mereka iaitu Nothing Power (1) tidak lama lagi.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.