Black Shark 4S dan 4S Pro kini rasmi dengan Snapdragon 888+ – edisi Gundam turut dilancarkan
Black Shark secara rasminya telah melancarkan Black Shark 4S dan Black Shark 4S Pro dengan perubahan visual yang ketara manakala 4S Pro juga menerima peningkatan prestasi dengan penggunaan cipset Snapdragon 888+ seperti Asus ROG Phone 5s Series yang kini ditawarkan di Malaysia. Black Shark 4S tampil dengan cip Snapdragon 870.
Black Shark 4S dan Black Shark 4S Pro hadir dengan skrin paparan E4 AMOLED berukuran 6.67-inci dengan resolusi FHD+ yang mempunyai kadar segar semula 144Hz dan kadar pensampelan skrin 720Hz.
Selain itu, Black Shark 4S Series juga memiliki storan jenis UFS 3.1 dan cip storan SSD (RAID) yang menjanjikan kelajuan ‘writing dan reading’ yang lebih pantas berbanding mana-mana telefon pintar dipasaran.
Beralih kepada bateri, Black Shark 4S dan Black Shark 4S Pro juga memiliki bateri berkapasiti 4,500mAh dengan pengecasan pantas 120W.
Pada bahagian kamera, Black Shark 4S Series ini berkongsi sensor ultrawide 8MP, sensor depth 2MP dan sensor selfie 20MP. Sensor utama Black Shark 4S Pro adalah 64MP manakala Black Shark 4S tampil dengan sensor utama 48MP.
telefon pintar Shark 4S ini juga menerima edisi Gundam yang tampil dengan reka bentuk warna yang lebih eksklusif dan ianya turut dipanjangkan ke reka bentuk kotak.
Sebagai sebuah peranti gaming, Black Shark 4S dan Black Shark 4S Pro juga memiliki sistem penyejukan liquid cooling untuk pretasi peranti yang konsisten dan antaramuka JoyUI 12.9 yang berasaskan Android 11.
Black Shark 4S akan tampil didalam dua warna iaitu Black atau Fog White manakala Black Shark 4S Pro pula tampil didalam warna Galaxy Black atau Sky White.
Berikut adalah harga Black Shark 4S dan Black Shark 4S Pro :
Black Shark 4S 8/128GB – CNY 2,699 (RM 1,742)
Black Shark 4S 12/128GB – CNY 2,999 (RM 1,936)
Black Shark 4S 12/256GB – CNY 3,299 (RM 2,129)
Black Shark 4S Gundam Edition 12/256GB – CNY 3,499 (RM 2,258)
Black Shark 4S Pro 12/256GB – CNY 4,799 ( RM 3,098)
Black Shark 4S Pro 16/512GB – CNY 5,499 (RM 3,550)