Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

TWS Nothing ear (1) kini rasmi di Malaysia – RM 499


Nothing secara rasminya telah melancarkan produk pertama syarikat ini ke pasaran Malaysia iaitu Nothing ear (1) pada harga RM 499.

Nothing ear (1) adalah produk audio TWS daripada syarikat ini yang hadir dengan reka bentuk yang unik.

Nothing ear (1) ini mempunyai pemacu 11.6mm yang sangat berkuasa dan ianya juga tampil dengan reka bentuk lutsinar pada earbuds dan case.

Nothing ear (1) hadir dengan Clear Voice Technology yang menggunapakai tiga mikrofon definisi tinggi dan terdapat juga teknologi active noice cancelling.

Selain itu, Nothing ear (1) mempunyai berat hanya 4.7gram dan ianya juga dilengkapi dengan bateri  yang mampu menawarkan sehingga 5 jam pendengaran atau sehingga 34 jam dengan bekas pengecasan.

Nothing ear (1) juga tampil dengan pensijilan IPX4, Google Fast Pair dan boleh digunakan bersama peranti Android dan iOS.

Nothing ear (1) akan mula ditawarkan di Malaysia pada 16 Oktober ini di stor rasmi Nothing di Shopee pada harga RM 499.

Selain itu, Nothing ear (1) akan turut ditawarkan melalui beberapa wakil pengedar sah rasmi seperti Senheng, Harvey Norman & DirectD.

Baca ULASAN : Nothing ear (1) – TWS Mampu Milik Terbaik Dengan Teknologi ANC

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.