Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Harga Apple Watch Series 7 di Malaysia diumumkan – dari RM 1,749

Harga Apple Watch Series 7 di Malaysia diumumkan - dari RM 1,749 13
Majlis pelancaran Apple yang dilancarkan pada bulan September yang lalu telah menyaksikan Apple memperkenalkan generasi iPhone 13 Series, iPad Mini 6, iPad entry-level dan Apple Watch Series 7.

Kesemua produk terbaru Apple ini telah mula ditawarkan di Malaysia kecuali Apple Watch Series 7 yang masih belum diketahui akan bila tarikh jualanya.

Walaubagaimanapun, petunjuk jam pintar terbaru Apple ini bakal memasuki pasaran Malaysia didalam masa terdekat adalah apabila harga Apple Watch Series 7 telah diumumkan.

Harga Apple Watch Series 7 di Malaysia diumumkan - dari RM 1,749 14

Apple Watch Series 7 akan ditawarkan pada harga yang bermula dari RM 1,749 bagi versi 41mm dan RM 1,899 bagi versi 45mm (versi GPS).

Dalam pada itu, Apple Watch Series 7 versi GPS + Celullar pula akan ditawarkan pada harga RM 2,149 bagi size 41mm dan RM 2,349 bagi saiz 45mm.

Selain itu, Apple Watch Series 7 juga hadir didalam beberapa versi yang tampil dengan tali jam yang lebih premium pada harga yang lebih premium.

Harga Apple Watch Series 7 di Malaysia diumumkan - dari RM 1,749 15

Dalam pada itu, Apple Watch Series 7 juga hadir didalam edisi Nike yang ditawarkan pada harga yang sama seperti edisi biasa iaitu dari RM 1,749.

Lihat senarai penuh di Apple Malaysia.

Harga Apple Watch Series 7 di Malaysia diumumkan - dari RM 1,749 16Harga Apple Watch Series 7 di Malaysia diumumkan - dari RM 1,749 17Harga Apple Watch Series 7 di Malaysia diumumkan - dari RM 1,749 18

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.