Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Apple dilaporkan akan melancarkan konsol permainan seperti Nintendo Switch

Gambar sekadar hiasan

Menurut laporan terbaru, Apple akan melancarkan satu konsol gaming yang disasarkan untuk pasaran global dan menjadi pencabar kepada Nintendo Switch.

Laporan ini mendakwa konsol permainan video Apple ini adalah satu konsol hibrid yang menggabungkan ciri Nintendo Switch dan Sony PlayStation 5.

Selain itu, sumber ini juga mendakwa bahawa Apple telah memulakan pembangunan beberapa tajuk permainan video dengan kerjasama studio terkemuka.

Dalam pada itu, pandemik COVID-19 dikatakan telah membatalkan perancangan Apple untuk melancarkan konsol permainan video ini namun laporan baharu ini memberikan harapan kita mungkin dapat melihatnya dilancarkan tidak lama lagi.

 

Apple Bandai Pippin

Ini bukan lah kali pertama Apple mencuba nasib didalam industri konsol permainan, pada tahun 1996, Apple telah melancarkan konsol permainan video Apple Bandai Pippin yang ditawarkan pada harga $599.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.