Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Telefon pintar Sony Xperia yang baharu akan dilancarkan pada 26 Oktober ini


Sony secara rasminya telah mengesahkan ianya akan melancarkan produk baharu Sony Xperia pada 26 Oktober ini yang sedikit sebanyak mengejutkan pelbagai pihak.

Susulan daripad pelancaran Sony Xperia 1 III beberapa bulan lalu, Sony dilihat sangat senyap tanpa sebarang perkembangan atau khabar angin mengenai telefon pintar Xperia yang baharu.

Walaubagaimanapun, memandangkan ianya adalah dibawah siri Xperia, Sony hampir pasti akan memperkenalkan sebuah telefon pintar namun tidak dipastikan ianya adalah sebuah telefon pintar untuk kategori flagship atau midrange. (Mungkin Sony Xperia Tablet?).

Selain daripada maklumat pelancaran yang akan berlangsung didalam masa 14 hari sahaja lagi, tiada sebarang maklumat mengenai peranti Sony Xperia ini diketahui.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.