ULASAN : Nothing ear (1) – TWS Mampu Milik Terbaik Dengan Teknologi ANC
Pengenalan Nothing ear (1)
Satu jenama teknologi baharu yang diasaskan oleh pengasas One Plus iaitu Carl Pei telah memulakan perjalanan mereka didalam dua teknologi dengan pelancaran produk pertama mereka pada bulan Julai yang lalu.
Selain daripada Carl Pei, Nothing juga telah menyaksikan pelaburan awal daripada pengasas iPod Tony Fadell, Ketua Pegawai Eksekutif Steve Huffman dan Casey Neistat yang menyaksikan pelancaran produk pertama syarikat ini adalah sesuatu yang di tunggu.
Nothing telah memperkenalkan produk pertama syarikat ini iaitu Nothing ear (1) yang merupakan sebuah produk audio TWS dengan pelbagai teknologi premium pada harga yang lebih berpatutan iaitu pada harga RM 499 sahaja.
Nothing ear (1) merupakan sebuah TWS yang memasuki pasaran yang sangat kompetitif dan ianya adalah satu cabaran yang besar untuk jenama ini menyakinkan pengguna untuk memilih TWS ini berbanding jenama lain dipasaran.
Walaubagaimanapun, salah satu kelebihan Nothing ear (1) ini adalah harga jualan yang kompetitif berbanding TWS premium dipasaran.
Adakah Nothing ear (1) mampu menawarkan sebuah pengalaman audio yang baik pada harga yang lebih berpatutan?, berikut adalah ulasan Nothing ear (1).
Reka Bentuk
Satu salah ciri unik pada Nothing ear (1) ini adalah penampilanya. Walaupun ianya tampil dengan reka bentuk yang hampir sama seperti produk TWS yang lain dipasaran namun ianya menggunakan reka bentuk lutsinar yang mendedahkan komponen dalaman TWS ini.
Ini membolehkan anda melihat sendiri setiap komponen Nothing ear (1) dan ianya juga diberikan titik warna yang berbeza pada setiap earbuds dimana merah adalah untuk earbuds kanan dan putih untuk earbuds kiri.
Bekas pengecasan Nothing ear (1) juga menggunakan solusi reka bentuk lutsinar namun tiada sebarang komponen dalaman terdedah untuk kita lihat.
Bekas pengecasan Nothing ear (1) ini juga boleh dikategorikan sebagai lebih besar berbanding kebanyakkan TWS di pasaran namun kami amat kagum dengan pilihan reka bentuk lutsinar yang sedikit sebanyak menonjolkan produk ini berbanding TWS lain dipasaran.
Penggunaan bahan pada bekas pengecasan juga amat premium yang termasuk magnet, mekanisma bukaan, lampu LED dan juga lekukan yang memastikan earbuds ini kekal kukuh pada bekas pengecasan.
Selain itu, pada bahagian sisi bekas pengecasan ini terdapat juga butang kuasa dan slot USB-C untuk pengecasan namun Nothing ear (1) juga menyokong pengecasan tanpa wayar.
Bersama-sama pembelian Nothing ear (1), anda juga akan menerima satu kabel USB-C untuk pengecasan dan dua set ear plug bersaiz S (small) dan L (large). Size M (medium) sedia dipasang pada earbuds.
Selain itu, didalam kotak juga terdapat cara-cara penggunaan Nothing ear (1) bagi pengguna yang tidak begitu arif dengan tetapan TWS ini.
Kawalan pada Earbuds
Nothing ear (1) juga memiliki fungsi kawalan pada kedua-dua earbuds iaitu menggunakan ciri ‘tap’ namun pada pendapat kami ianya kesan bunyi yang sedikit kuat dan memberikan kesan gegendang telinga pengguna.
Antara tetapan yang boleh dilakukan terus pada Nothing ear (1) adalah seperti berikut :
Double Tap – Play & Pause
Triple Tap – Next Track
Tap & Hold – Aktifkan/Nyahaktifkan Noise Cancellation @ Tranparency
Slide – Laras kelatangan bunyi
*kesemua tetapan ini juga boleh diubah mengikut keperluan pada aplikasi ear (1).
Aplikasi Nothing ear (1)
Selain itu, Nothing ear (1) juga menawarkan lebih banyak tetapan dan ciri tambahan pada aplikasi ear (1) yang boleh dimuat turun di Google Play Store atau Apple App Store (boleh imbas kod QR pada risalah dalam kotak).
Aplikasi ear (1) menawarkan pengguna satu aplikasi pusat yang membolehkan anda menetapkan pelbagai tetapan Nothing ear (1) mengikut citarasa anda dan anda juga boleh melihat peratusan bateri yang ada pada kedua-dua buds tersebut dan juga peratusan bateri pada case.
Dalam pada itu, reka bentuk aplikasi ear (1) ini juga amat klasik yang memberikan anda paparan maklumat yang menyeluruh.
Pada menu utama aplikasi ear (1), anda boleh mengakses akses tetapan bunyi dengan menekan ikon ‘HEAR’ yang memberikan anda akses kepada tetapan pembatalan bunyi dan equalizer. Ikon ‘TOUCH’ pula menawarkan anda pilihan untuk mengubah tetapan touch control mengikut keperluan anda.
Selain itu, aplikasi ear (1) juga menawarkan anda fungsi Find My Earbud yang membolehkan anda mengesan earbuds anda jika anda tercicir di sofa atau dalam kawasan rumah. Apabila di aktfikan ianya akan mengeluarkan bunyi yang membolehkan anda mengesan buds anda.
Aplikasi ear (1) ini juga menawarkan anda kemaskini firmware dari semasa ke semasa.
Jangka Hayat Bateri
Nothing ear (1) menawarkan sehingga 5.7 jam penggunaan berterusan dengan bateri 31mAh yang disertakan pada earbuds namun jika ANC di aktifkan, earbuds ini dijangka mampu menawarkan sehingga 4 jam penggunaan.
Walaubagaimanapun, dengan bekas pengecasan yang mempunyai bateri berkapasiti 570mAh, anda boleh menikmati sehingga 34 jam waktu pendengaran muzik.
Kadar waktu penggunaan yang ditawarkan pada buds mungkin sedikit rendah namun ianya dilihat mencukupi bagi kebanyakkan pengguna profesional yang mendengar muzik ketika didalam perjalanan ke tempat kerja.
Pemakaian Nothing ear (1)
Nothing ear (1) adalah sepasang earbuds yang sangat selesa untuk dipakai dengan berat hanya 4.7gram yang memastikan earbuds ini selesa dipakai walaupun untuk tempoh yang lama.
Selain itu, earbuds nothing ear (1) ini juga tidak terlalu ‘mencengkam’ telinga namun jika anda merasa tidak selesa, anda boleh menukar saiz earplug yang lebih kecil yang terdapat dalam kotak.
Nothing ear (1) juga dilihat sesuai untuk aktiviti kecergasan biasa yang tidak terlalu melibatkan pergerakan.
Pengalaman Pendengaran Nothing ear (1)
Nothing ear (1) menawarkan pengalaman pendengaran yang sangat baik dan terdapat juga beberapa tetapan equalizer yang boleh dilaraskan mengikut keperluan pendengaran anda.
Pada pendapat kami, bunyi bass yang dihasilkan oleh Nothing ear (1) ini adalah mendalam dan berkuasa yang memberikan satu kesan bunyi yang semulajadi dan tidak terlalu keterlaluan.
Selain itu, latensi audio apabila menonton video adalah sangat rendah atau hampir tidak wujud dan ini merupakan satu kelebihan yang dimiliki Nothing ear (1).
Satu lagi kelebihan Nothing ear (1) adalah ciri pembatalan bunyi aktif yang dilihat menawarkan prestasi yang baik namun tidak setaraf TWS premium seperti Apple AirPods mahupun Sony Sony WF-1000XM4 namun dengan harga yang ditawarkan, ianya amat berbaloi.
Jika anda tidak terlalu berminat dengan ciri ANC, mod transparency yang disertakan pada Nothing ear (1) ini juga amat baik dimana anda boleh sentiasa peka dengan keadaan sekeliling.
Penutup
Nothing ear (1) mungkin bukan sebuah TWS terbaik dipasaran namun dengan harga jualan yang kompetitif, ianya adalah yang paling berbaloi didalam kelas harganya.
Secara keseluruhan, Nothing telah mempamerkan kebolehan syarikat ini untuk mengeluarkan sebuah produk pengguna yang baik walaupun ianya adalah produk pertama syarikat ini.
Nothing ear (1) telah dilancarkan di Malaysia pada 13 Oktober dengan harga penjualan RM 499 dan jualan rasmi akan bermula di stor rasmi Nothing di Shopee pada 16 Oktober ini.
Anda juga boleh mendapatkan Nothing ear (1) di wakil pengedar rasmi seperti Senheng, Harvey Norman & DirectD.