Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

4 Produk Rumah Pintar yang mampu menjamin kesihatan dan menawarkan pembersihan rumah yang lebih menyeluruh.

4 Produk Rumah Pintar yang mampu menjamin kesihatan dan menawarkan pembersihan rumah yang lebih menyeluruh. 11

Duduk di rumah untuk satu tempoh yang lama tidak mudah bagi semua orang. Lebih-lebih lagi, harus menjaga kebersihan dan mengemas rumah telah menjadi satu cabaran apabila keluarga anda berada di rumah sepanjang masa. Oleh kerana itu, realme techlife, jenama teknologi yang paling berkembang pesat di dunia telah melancarkan 4 produk rumah pintar pada 7 Oktober yang lalu dan ianya mampu memberikan anda ketenangan mengenai status kebersihan dan kesihatan kediaman anda.

realme telah melancarkan pelbagai produk rumah pintar, termasuk realme TechLife Handheld Vacuum Cleaner, realme TechLife Air Purifier, realme Hair Dryer, realme TechLife Robot Vacuum, dan lain-lain tampil untuk memberi gaya hidup yang lebih bijak dan sihat kepada pengguna. Kini pengguna ada pilihan untuk membeli produk pintar keluaran realme yang lebih berkualiti dengan harga yang berpatutan. Anda boleh menjangkakan kecekapan maksimum dan canggih teknologi untuk produk ini.

Jom kita lihat ciri-ciri yang ditawarkan oleh empat produk ini : 

4 Produk Rumah Pintar yang mampu menjamin kesihatan dan menawarkan pembersihan rumah yang lebih menyeluruh. 12

realme TechLife Air Purifier

Sejak kebelakangan ini, menjaga kualiti udara rumah anda telah menjadi keperluan utama untuk menjamin keselamatan keluarga anda. Pembersih udara kini telah menjadi satu keperluan dari sebelum ini tetapi ketika memilih pembersih udara, yang penting adalah kapasiti pembersih udara. Pembersih udara realme TechLife mempunyai kapasiti pembersihan udara yang hebat dan menggunakan sistem penapisan yang canggih untuk memastikan kesihatan anda dan seluruh isi rumah anda.

Pembersih udara realme TechLife menggunakan struktur penapis tiga tahap, termasuk penapis HEPA H12 dengan tahap perlindungan tertinggi. Kecekapan penapisan partikel kecil, debu, bakteria, virus dan bahan lain di udara yang dapat mencapai 99.5%, sekaligus membantu anda melindungi kesihatan anda dengan sempurna.

Pembersih udara realme TechLife mengambil masa sekitar 14.4 minit untuk membersihkan bilik berukuran 30 meter padu, dan partikel CADR (kadar penghantaran udara bersih) setinggi 330 meter padu per jam. Ini membolehkan pembersih udara ini meliputi ruang seluas 419 kaki persegi yang hampir sama dengan keluasan ruang tamu sesebuah rumah.

Pembersih udara realme TechLife ini dilengkapi dengan sensor SHARP, yang dapat membezakan partikel pada ukuran mikrometer dengan tepat dan bertindak melakukan pembersihan udara dengan cepat dalam masa yang sama.  

realme TechLife Air Purifier juga dapat menyesuaikan tahap pembersihan secara automatik. Melalui indikator LED pengesanan kualiti udara, pengguna boleh mengetahui kualiti udara dalam rumah secara langsung, dan lebih menyeluruh serta mencadangkan anda untuk beralih ke tahap pembersihan yang lebih sesuai.

Pembersih udara realme TechLife ini tampil dengan lima tahap kelajuan, iaitu Sleep, Soft, Normal, Strong, dan Auto. 

Pada mod Sleep, tahap kebisingan pembersih udara realme ini adalah serendah 46db sahaja dan ini memastikan pengguna dapat menikmati tidur yang nyenyak tanpa sebarang gangguan bunyi.

Pada Mod Auto, Intelligent Automatic Gear pada realme TechLife Air Purifier ini akan secara automatik mengesan kualiti udara dalaman dan menyesuaikan kelajuan kipas mengikut keperluan . Ini menghilangkan keperluan untuk pengguna menukar antara mod secara manual, menghasilkan pembersihan udara yang lebih cekap sambil menjimatkan masa dan tenaga anda.

realme TechLife Air Purifier juga mempunyai fungsi pemasa yang dapat ditetapkan agar pembersih udara ini terpadam secara automatik. Terdapat tiga waktu operasi yang ditawarkan iaitu 2 jam, 4 jam dan 8 jam. Ini membolehkan realme TechLife Air Purifier menjimatkan tenaga sambil mencegah kehilangan kapasiti penapisan dengan lebih cepat.

4 Produk Rumah Pintar yang mampu menjamin kesihatan dan menawarkan pembersihan rumah yang lebih menyeluruh. 13

 realme TechLife Robot Vacuum

Sama ada anda bekerja dari rumah atau tidak, tidak mudah untuk menjaga kebersihan rumah anda secara berkala. Itulah sebabnya anda harus mempertimbangkan untuk mendapatkan vakum robot yang akan membuat anda kurang risau tentang kebersihan rumah anda. Antaranya, pembersih vakum robot, yang dianggap bebas tangan ini dapat menawarkan penjimatan masa dan tenaga kerja.

Walaubagaimanapun , terdapat banyak produk vakum yang mana kualitinya tidak memuaskan. Cara memilih pembersih vakum robot dengan kualiti yang baik dan fungsi yang menyeluruh dilihat sebagai masalah kepada pengguna.

Berbanding dengan vakum robot tradisional, realme TechLife Robot Vacuum juga menawarkan fungsi mengemop, yang dapat membersihkan persekitaran rumah anda atau pejabat dengan lebih menyeluruh.

Selain itu, realme TechLife Robot Vacuum ini menggunakan sistem navigasi radar optik (LiDAR) yang paling maju di pasaran dan terdapat 38 sensor yang menjadikan robot lebih sensitif dan peka terhadap persekitarannya. Dengan keberkesanan untuk mengelakkan tersangkut di dalam perabot dan secara automatik mengesan ketinggian.

realme TechLife Robot Vacuum dapat membersihkan setiap ruang mengikut keperluan anda, dan terdapat sokongan 5 penyimpanan peta. Apabila anda tiada di rumah, apa yang anda perlu lakukan adalah hanya menekan butang untuk memulakan pembersihan.

realme TechLife Robot Vacuum juga mempunyai teknologi penyesuaian permukaan yang pintar. Apabila robot membersihkan kawasan yang sukar dibersihkan seperti permaidani atau tepi dinding, kelajuan robot dikurangkan secara automatik manakala daya vakumnya ditingkatkan untuk memastikan kebersihan yang sebaik mungkin.

Robot vakum realme ini adalah robot pintar dua-dalam-satu yang boleh melakukan vakum dan mop. Satu mesin lengkap untuk memenuhi semua keperluan pembersihan anda. Terdapat 3 mod pembersihan yang boleh anda pilih. Mop, Vacuum, Vacuum & Mop.

realme TechLife Robot Vacuum ini juga mempunyai daya sedutan vakum yang sangat tinggi iaitu 3000Pa, yang bermaksud bahawa ia dapat menyedut partikel yang lebih besar dan debu di celah-celah dengan lebih bersih. 

Sekiranya pengguna bimbang dengan bunyi bising yang terhasil, anda boleh menggunakan “mod senyap” yang hanya menghasilkan bunyi serendah 55Db ketika beroperasi dan ini  mengurangkan gangguan kepada pengguna.

Selain itu, realme TechLife Robot Vacuum juga menyokong Google Assistant dan pembantu suara Alexa. Anda hanya perlu memberikan arahan suara pada robot untuk berfungsi.

realme TechLife Robot Vacuum mempunyai bateri berkapasiti 5200mAh yang boleh digunakan selama 300 minit dengan satu pengecasan yang membolehkan pembersihan dilakukan dengan lebih meluas.

4 Produk Rumah Pintar yang mampu menjamin kesihatan dan menawarkan pembersihan rumah yang lebih menyeluruh. 14

realme TechLife Handheld Vacuum Cleaner

Ketika menjaga kebersihan rumah anda, anda bukan hanya memikirkan lantai yang bersih tetapi juga perabot yang bersih. Oleh itu, carilah peranti yang memerlukan usaha yang minima tetapi cekap dan melakukan tugas – realme TechLife Handheld Vacuum Cleaner.

Pembersih vakum ini tidak seperti pembersih biasa, ia tanpa wayar yang menjadikannya sangat mudah digunakan. reka bentuk tanpa wayar juga membolehkan ianya digunakan untuk membersihkan bahagian dalam kereta, bahagian bawah tempat tidur, papan kekunci, permukaan peralatan elektrik, dan pakaian. Inilah sebabnya mengapa pembersih vakum tanpa wayar lebih popular daripada pembersih vakum besar tradisional.

Bayangkan betapa beratnya tiga botol air mineral, realme TechLife Handheld Vacuum Cleaner lebih ringan daripada itu dengan berat hanya 1.34kg. Reka bentuk yang ringan juga membolehkan pengguna menggunakannya dengan mudah, ia juga direka untuk mengelakkan memenuhi ruang rumah anda kerana ia menyokong penyimpanan di dinding.

Pembersih realme TechLife Handheld Vacuum Cleaner juga dilengkapi dengan motor 140W dengan kelajuan hingga 10,500 RPM yang menawarkan daya sedutan maksimum 9,500 Pa. Ia dapat menghilangkan debu dengan berkesan. Ia bukan sahaja membersihkan habuk tetapi juga menghilangkan tungau, dan anda tidak perlu untuk membeli alat khas untuk menghilangkan tungau.

Berus lantai realme TechLife Handheld Vacuum Cleaner mempunyai bulu lembut khas untuk melindungi lantai dan ia dapat membersihkan kotoran dengan berkesan kerana motor terpasang yang mampu berputar pada kelajuan sehingga 2200RPM. Berus 2 dalam 1 ini juga sesuai untuk membersihkan pelbagai permukaan perabot, tidak perlu risau berus yang tak sesuai akan cukurkan permukaan perabot.

Selain itu, realme TechLife Handheld Vacuum Cleaner turut dilengkapi dengan penapis HEPA canggih, yang dapat mencapai penapisan tahap mikron. Ini dapat mengelakkan 99.7% habuk dilepaskan ke udara semasa proses pembersihan, mencegah pencemaran sekunder. Selain itu, pembersih vakum tanpa wayar realme ini juga mempunyai dua mod pembersihan, Mod Pembersihan Kuat dan Mod Pembersihan Lembut.Pengguna dapat memilih mod yang sesuai mengikut keadaan rumah.

Akhir sekali, realme TechLife Handheld Vacuum Cleaner juga mempunyai bateri 2200mAh, yang boleh berfungsi sehingga 40 minit dengan satu pengecasan cas. Terdapat juga indikator LED untuk menunjukkan bateri yang tinggal untuk mengingatkan pengguna untuk melakukan pengecasan.

4 Produk Rumah Pintar yang mampu menjamin kesihatan dan menawarkan pembersihan rumah yang lebih menyeluruh. 15

realme Hair Dryer

Sekarang setelah anda mendapat rumah yang bersih, anda juga memerlukan rambut yang sihat dan cantik kerana rambut itu mahkota bagi setiap orang. Dapatkan pengering rambut yang bukan hanya mengeringkan rambut dengan cekap tetapi juga melindungi dari kerosakan panas seperti realme Hair Dryer.

realme Hair Dryer dilengkapi dengan motor berprestasi tinggi 1400W, kelajuannya hingga 19000 RPM, kelajuan angin 13.8m / s, yang membolehkan rambut dikeringkan dalam 5 minit dahaja. Golongan wanita dengan rambut yang panjang tidak lagi perlu bimbang untuk mencuci dan mengeringkan rambut mereka kerana ia mengambil masa yang singkat untuk memastikan rambut kering sepenuhnya.

Pengering rambut ini juga dilengkapi dengan pemancar ion negatif, yang dapat melepaskan hingga 20 juta ion negatif yang dapat menghilangkan elektrostatik dari rambut, melicinkan rambut, mengencangkan sisik rambut, dan membuat rambut lebih berkilau.

realme telah memilih bahan kelas tinggi ABS + PC tahan api V-0, yang dapat memanaskan penebat dengan berkesan, sehingga pengguna dapat menggunakannya dengan selamat tanpa perlu risau akan terbakar ketika mengeringkan rambut.

Dalam pada itu, pengering rambut ini tampil dengan reka bentuk triple mesh, di mana gril masuk udara, jaring masuk udara, dan jaring nilon dapat memastikan rambut yang cantik tidak tertarik ke dalam pengering rambut.

Penutup

Sekarang setelah diperkenalkan dengan keempat-empat produk ini secara mendalam, jelas bahawa ia adalah produk yang sangat diperlukan dalam isi rumah.

Keempat-empat produk realme TechLife di atas mempunyai fungsi yang sangat maju dan mampu memberikan anda pembersihan persekitaran yang lebih komprehensif dan menjamin kesihatan pengguna lebih terlindungi dari virus dan bakteria.

realme Malaysia amat mementingkan kualiti namun masih memberikan yang terbaik bagi pengguna dengan harga yang berpatutan. realme TechLife Handheld Vacuum Cleaner boleh didapati hanya dengan RM399, manakala bagi realme TechLife Air Purifier dengan harga RM499. Harga bagi realme TechLife Robot Vacuum ialah RM1,999 dan realme Hair Dryer pula adalah RM199. 

realme Malaysia juga akan mengadakan tawaran jualan pada 18th Oktober ini dimana anda boleh menikmati potongan harga bagi kedua-dua produk ini dengan harga yang lebih rendah iaitu RM349 bagi realme TechLifeHandheld Vacuum Cleaner dan RM399 bagi realme TechLife Air Purifier.

Jangan lepaskan peluang keemasan ini, anda boleh mendapatkan realme TechLife Handheld Vacuum Cleaner dan realme TechLife Air Purifier di stor rasmi realme di Lazada pada 18 Oktober 2021. Manakala, realme TechLife Robot Vacuum dan realme Hair Dryer pula akan datang tidak lama lagi. 

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.