Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Tablet Nokia T20 kini rasmi dengan skrin paparan 2K pada harga sekitar RM 961

Tablet Nokia T20 kini rasmi dengan skrin paparan 2K pada harga sekitar RM 961 9
Nokia secara rasminya telah memperkenalkan tablet Nokia T20 yang tampil dengan spesfikasi yang baik pada harga mampu milik.

Tablet Nokia T20 kini rasmi dengan skrin paparan 2K pada harga sekitar RM 961 10
Tablet Nokia T20 ini hadir dengan skrin paparan LCD berukuran 10.4-inci dengan resolusi 2,000 x 1,200 piksel dan panel ini juga dilapisi gelas keselamatan.

Beralih kepada pemproses, tablet Nokia T20 ini hadir dengan cip Unisoc Tiger T610 yang merupakan cip 12mm yang sangat cekap tenaga dan ianya menawarkan dua kapasiti RAM iaitu 3GB atau 4GB dengan storan dalaman 32GB atau 64GB. Turut menyokong kad microSD.

Tablet Nokia T20 kini rasmi dengan skrin paparan 2K pada harga sekitar RM 961 11

Selain itu, tablet Nokia T20 ini juga tampil dengan bateri berkapasiti 8,200mAh yang merupakan kapasiti bateri terbesar didalam tahap harga ini dan ianya juga tampil dengan pengecasan pantas 15W namun hanya adapter 10W disertakan dalam kotak.

Tablet Nokia T20 juga mempunyai pembesar suara stereo, kamera utama 8MP, kamera selfie 5MP dan bicu audio 3.5mm. Google Kids Space turut disertakan.

Tablet Nokia T20 kini rasmi dengan skrin paparan 2K pada harga sekitar RM 961 12

Dalam pada itu, Nokia juga menjanjikan 2 tahun kemaskini sistem operasi Android dan 3 tahun kemaskini keselamatan bagi tablet Nokia T20 ini.

Nokia T20 ini tampil didalam dua versi iaitu versi Wi-Fi yang ditawarkan pada harga dari €199 (RM 961) dan versi WiFi + LTE pada harga dari €239 (RM 1,154).

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.