ULASAN : LG PuriCare Wearable Air Purifier- Penapis Udara Yang Memberikan Anda Udara Bersih Sepanjang Masa
Pengenalan
Sejak awal tahun 2020, dunia yang kita kenali dan hidup selama ini telah berubah selama-lamanya akibat wabak pandemik covid-19.
Ketika semakin menghampiri penghujung tahun 2021, dunia telah mula belajar untuk hidup bersama dengan wabak ini seterusnya beralih kepada fasa endemik dan Malaysia juga bakal memasuki fasa ini tidak lama lagi.
Pengguna kini adalah sangat arif tentang kesihatan dan mengambil berat tentang kualiti udara disekeliling mereka serta pemakaian pelitup muka adalah wajib apabila kita berada diluar rumah.
Pelitup muka dilihat sebagai pertahanan penting yang melindungi kita daripada potensi jangkitan wabak dan memastikan kita menjadi membawa kepada ahli keluarga yang lain.
Walaubagaimanapun, pemakaian pelitup muka untuk tempoh yang lama adalah satu pengalaman yang kurang selesa dan sedikit menyukarkan pernafasan.
Sehubungan itu, jurutera berpengalaman di LG telah membangunkan satu teknologi pembersihan udara yang dapat mengatasi masalah keselamatan dan kesihatan sambil mengurangkan ketidakselesaan daripada memakai pelitup muka.
LG PuriCare Wearable Air Purifier kini telah mula ditawarkan di Malaysia dan pelitup muka inovatif ini hadir dengan harga dari RM 849.
Pihak LG Malaysia telah memberikan kami satu unit LG PuriCare Wearable Air Purifier untuk kami cuba dan kongsikan kepada pembaca mengenai kelebihan dan ciri-ciri yang dimiliki penapis udara ini.
Apa yang ada didalam kotak?
LG PuriCare Wearable Air Purifier hadir didalam kotak pembungkusan mesra alam yang diperbuat daripada kertas dan bahan yang dikitar semula.
Kotak LG PuriCare Wearable Air Purifier ini juga tidak digam untuk unboxing dan proses kitar semula yang lebih mudah. Selain itu, bekas plastik didalam kotak ini juga boleh digunakan sebagai charging stand memandangkan tiada bekas pengecasan disertakan bersama pembelian.
Didalam kotak pembelian LG PuriCare Wearable Air Purifier ini anda akan menerima :
1 x Wearable Air Purifier
2 x penapis HEPA H13
15 x Inner Cover
1 x Face Guard ( saiz L)
1 x Ear Strap set
1 x Strap extender
1 x kabel USB
1x Kad waranti dan manual penggunaan
LG PuriCare Wearable Air Purifier ini mempunyai dua slot penapis HEPA H13 yang merupakan satu komponen penting didalam proses pembersihan udara dan LG mengesyorkan ianya ditukar sebulan sekali dengan purata penggunaan selama 6 jam sehari.
Selain itu, LG juga membekalkan 15 unit Inner Cover atau pelapik dalaman yang disyorkan untuk ditukar setiap hari manakala Face Guard yang disertakan didalam kotak adalah saiz L namun anda juga boleh membeli saiz M secara berasingan. Face Guard ini juga boleh dicuci.
Pemasangan kali pertama
Pemasangan pertama LG PuriCare Wearable Air Purifier adalah sangat mudah namun kami akan memberikan anda langkah-langkah yang perlu dilakukan untuk memastikan penapis udara ini berfungsi dengan sempurna.
Terdapat beberapa komponen penting yang harus anda pasang sebelum mula menggunakan LG PuriCare Wearable Air Purifier ini, pertama adalah pemasangan penapis HEPA H13 pada dua slot yang terletak pada bahagian tepi kiri dan kanan peranti ini.
Kedua, letakkan inner cover yang disertakan dan pastikan ianya selari dengan lubang pada peranti.
Ketiga, anda boleh memasang Face Guard yang disertakan dan ianya mempunyai pelekap magnetik untuk memastikan ianya kukuh pada penapis udara LG ini.
Keempat, pemasangan telah selesai dan anda kini boleh mula menggunakan LG PuriCare Wearable Air Purifier dengan menekan butang kuasa dibawah.
Teknologi Menarik yang dimiliki LG PuriCare Wearable Air Purifier
Penapisan Udara Menyeluruh
LG PuriCare Wearable Air Purifier dilengkapi dengan sensor respiratori yang mengesan pernafasan pemakai dan dua kipas yang mempunyai motor akan mengawal kemasukan udara berdasarkan kitaran pernafasan.
Selain itu, LG PuriCare Wearable Air Purifier juga mempunyai ventilasi dalaman yang baik dan ini mengurangkan ketidakselesaan walaupun dipakai untuk tempoh yang lama.
Dalam pada itu, sistem ini juga memastikan pemakai tidak merasa sesak apabila memakai LG PuriCare Wearable Air Purifier dan cermin mara pada masa yang sama ( memastikan cermin mata tidak berkabus ketika menghembus nafa).
Bercakap dengan yakin dengan teknologi VoiceON
LG PuriCare Wearable Air Purifier juga dilengkapi teknologi VoiceON yang menggunakan mikrofon dan pembesar suara terbina dalam yang secara automatik mengesan ketika anda bercakap dan meningkatkan kelatangan suara anda sekaligus memastikan tiada yang menghadapi masalah untuk mendengar apa yang anda katakan.
Selain itu, LG PuriCare Wearable Air Purifier juga dilengkapi tali telinga yang elastik dan boleh laras serta pemanjang untuk pemakaian yang lebih selesa.
Reka bentuk Ergonomik
LG PuriCare Wearable Air Purifier adalah sebuah produk kejuteraan terkini yang tampil dengan reka bentuk ergonomik yang memastikan mengurangkan kebocoran udara bersih di sekitar hidung dan dagu, menutup dengan lembut tetapi melekap pada wajah si pemakai.
LG PuriCare Wearable Air Purifier juga lebih ringan berbanding generasi sebelum ini dimana beratnya hanya 94 gram, iaitu 25% lebih ringan yang memastikan model terbaru selesa dipakai untuk jangka masa yang lebih lama dan sangat sesuai untuk kegunaan harian.
Jangka Hayat Bateri Sepanjang Hari
LG PuriCare Wearable Air Purifier tampil dengan bateri berkapasiti 1,000mAh yang menawarkan sehingga 8 jam penggunaan dengan satu pengecasan yang cukup untuk anda pakai ketika ke pejabat atau membeli barang keperluan.
Selain itu, anda juga boleh mengecas semula LG PuriCare Wearable Air Purifier ini didalam masa 2 jam sebelum ianya sedia untuk diguna semula.
Selain itu, lampu LED dibahagian bawah juga akan menunjukkan peratusan bateri mengikut warna yang di paparkan dimana warna hijau menunjukkan kadar bateri adalah lebih dari 60% diikuti warna oren yang menunjukkan kadar bateri adalah lebih antara 15% hingga 60% dan merah yang menunjukkan kadar bateri adalah dibawah 15%.
Dalam pada itu, ketika sedang mengecas, warna hijau menunjukkan bahawa pengecasan telah selesai manakala warna merah pula memberikan indikasi bahawa pengecasan masih sedang dilakukan.
Dalam pada itu, pada suku ke-4 tahun ini, LG akan mula menawarkan aplikasi khas yang disambungkan kepada peranti melalui Bluetooth yang membolehkan pengguna mengesan pernafasan dan menguruskan peranti secara intuitif dari telefon pintar.
Pendapat MobileFokus mengenai LG PuriCare Wearable Air Purifier
LG PuriCare Wearable Air Purifier adalah satu produk inovatif yang membawa teknologi penapisan udara didalam pakej yang lebih mudah alih lebih-lebih lagi isu kesihatan dan udara adalah sesuatu yang amat dititikberatkan.
Pemakaian LG PuriCare Wearable Air Purifier ini memastikan udara yang dihirup adalah sentiasa bersih dan bebas daripada sebarang partikel halus, virus dan bakteria.
Selain itu, pembelian LG PuriCare Wearable Air Purifier ini tidak hanya setakat satu kali pelaburan yang bermaksud terdapat kos yang berterusan sepanjang penggunaan penapis udara mudah alih ini.
Antara kos yang kami maksudkan adalah penggantian Inner Cover yang bernilai RM 53 bagi 30 keping dan 2 penapis HEPA H13 bernilai RM 106 namun kos ini bergantung kepada kekerapan anda menggunakanya.
Secara keseluruhanya, LG PuriCare Wearable Air Purifier terbukti mampu memberikan pengguna kualiti udara yang baik dan selamat dan ini sudah pastinya mengatasi kos yang perlu dikeluarkan untuknya.
LG PuriCare Wearable Air Purifier ini kini ditawarkan di Malaysia pada harga dari RM 849 melalui pengedar rasmi LG atau stor rasmi LG di Lazada dan Shopee.
https://youtu.be/1nIzdxoneww