Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

ULASAN – Honor MagicBook 14 – Komputer riba paling berbaloi di bawah RM3,000

Pengenalan

Memilih komputer riba yang sesuai dengan keperluan anda adalah satu tugas yang mencabar dan memeningkan.

Dengan begitu banyak jenama dan model di pasaran, tidak sukar untuk mengetahui apa sebabnya.

Honor, jenama teknologi terkemuka baru-baru ini telah mengumumkan bahawa komputer riba Honor MagicBook 14 akan mula ditawarkan di Malaysia pada 1 Oktober ini dengan harga penjualan dibawah RM 3,000.

HONOR MagicBook 14 menawarkan pengalaman pengguna yang diperhebatkan, dan ini dimuatkan di dalam rangka yang ringan, kompak dan berkuasa dengan ekosistem pintar!

Berikut adalah ULASAN Honor MagicBook 14 yang dilihat sebagai komputer riba yang terbaik pada harga dibawah RM 3,000.


Rekaan Estetik

Honor MagicBook 14 hadir dengan reka bentuk kerangka aluminium yang premium dengan dimensi ultra-ringan sekitar 1.38kg dan ultra-nipis 15.9mm sahaja.

Honor MagicBook ini tampil didalam warna Space Grey/ Mystic Silver dan terdapat kilauan biru yang menakjubkan membuat HONOR MagicBook 14 tampil berbeza dengan cita rasa tersendiri.

Selain itu, profil reka bentuk Honor MagicBook 14 yang ringan menjadikan komputer riba ini sebagai teman kerja yang ideal sama ada bekerja dari rumah atau di pejabat.

Honor MagicBook 14 juga mempunyai pelbagai  ciri-ciri mudah alih dan prestasi hebat dalam satu masa.

Bukaan 180°

Dalam pada itu, Honor MagicBook 14 juga tampil dengan pembukaan engsel 180° yang memudahkan dua pihak berbincang tentang tugasan atau projek tanpa perlu bergerak dari tempat duduk.

Beralih kepada papan kekunci, Honor MagicBook 14 hadir dengan papan kekunci yang sangat responsif anda amat ‘lembut’ dan terdapat juga lampu back-lit pada papan kekunci yang memudahkan anda menaip didalam keadaan yang gelap atau pada waktu malam.

Selain itu, juga tersembunyi pada bahagian papan kekunci ini adalah pop-up webcam yang memberikan privasi tambahan kerana ianya hanya boleh dibuka oleh anda dengan menekan pada papan kekunci tersebut.

Walaubagaimanapun, salah satu kekurangan webcam yang diletakkan pada papan kekunci ini adalah sudut ganjil apabila melakukan panggilan video yang kini menjadi satu alat penting untuk melakukan kerja dari rumah (WFH).

Honor MagicBook 14 juga memiliki sebuah butang kuasa yang juga berfungsi sebagai sensor capjari untuk membuka komputer riba ini.

Skrin Paparan

Honor MagicBook 14 hadir dengan skrin paparan berukuran 14.0-inci yang merupakan panel Honor FullView dengan resolusi Full HD 1080p dan Gamut 100% sRGB yang memberikan pengalaman visual lebih jelas.

Skrin paparan ini juga mempunyai nisbah skrin ke badan 84% dengan bezel nipis di bahagian atas, kanan dan kiri yang berukuran 4.8 mm sekaligus memberikan pengalaman menonton yang menakjubkan kepada anda.

Dalam pada itu, skrin paparan Honor MagicBook 14 ini juga mempunyai pensijilan TUV Rheiland yang telah terbukti bawah panel skrin ini mengurangkan sehingga 50% cahaya biru yang berlebihan  dan ianya juga dilengkapi perkakasan teknologi malap DC yang boleh membuat mata anda berasa selesa walaupun digunakan untuk tempoh lama dan mata anda tidak berasa penat.

Secara keseluruhan paparan Honor MagicBook 14 ini adalah sangat terang dan vivid yang pasti menjadi kegemaran bagi mereka yang suka menikmati kandungan multimedia pada komputer riba.

Cipset dan Prestasi

Honor MagicBook hadir dengan Pemproses 7nm AMD Ryzen 5000 yang juga memiliki GPU AMD Radeon.

Pemproses AMD Ryzen 5000 ini menawarkan sehingga 26% peningkatan prestasi pelbagai teras (multi-core) yang bermaksud anda boleh menikmati boleh menjangkakan prestasi yang cepat dan lancar untuk semua tugasan.

Selain itu, pemproses AMD Ryzen 5000 ini juga disertakan dengan 8GB RAM dan dua kapasiti storan dalaman SSD iaitu 256GB dan 512GB.

Storan dalaman SSD PCLe NVME yang digunakan pada Honor MagicBook 14 adalah lebih tahan lasak dan mempunyai kelajuan write dan read yang pantas sesuai dengan kebolehan komputer riba ini.

Dalam pada itu, Honor MagicBook 14 juga mempunyai sambungan WiFi 6 yang menjanjikan rangkaian WiFi yang lebih pantas dan lebih menyeluruh walaupun jauh daripada modem. Menyokong band frekuensi 2.4GHz/5GHz dan lebar jalur 160MHz

Seterusnya, pengurusan haba pada komputer riba Honor MagicBook 14 juga sangat efektif dimana ianya terdiri daripada bilah kipas berbentuk S yang berketumpatan tinggi dengan paip haba berkembar yang inovatif menghasilkan pelesapan haba dengan cekap dan tahap penyejukan yang meningkat 36%


Bateri 56Wh &
Pengecasan Pantas 65W (USB-C)

Honor MagicBook 14 juga hadir dengan bateri 56Wh yang turut menampilkan teknologi pengecasan pantas 65W yang membolehkan komputer riba di caj ke tahap 65% dalam masa sejam.

Honor MagicBook 14 boleh dikatakan sebagai antara komputer riba bersaiz 14” yang tampil dengan bateri berkapasiti 56Wh kerana kebanyakkan pesaing hanya menawarkan komputer riba dengan bateri 42Wh atau 48Wh sahaja.

Slot – slot yang dimiliki Honor MagicBook 14


Honor MagicBook 14 hadir dengan dua slot USB-A iaitu pada kedua-dua sisi tepi komputer yang mana salah satu slot USB-C adalah untuk pengecasan, satu slot HDMI serta bicu audio 3.5mm

Kolaborasi Berbilang Skrin – MagicLink

1)Berbanding dengan jenama komputer riba tradisional, komputer riba HONOR berkuasa dan inovatif, anda boleh membuat kolaborasi multiscreen antara  telefon pintar HONOR dan MagicBook 14

2)Dengan satu sentuhan, anda boleh mengawal telefon pintar anda dari komputer riba dengan memindahkan fail di antara dua peranti.

3) Menjawab panggilan telefon/ mesyuarat dalam talian di komputer riba, anda sudah tidak perlu risau tidak terjawab panggilan klien.

4) Tidak perlu bawa banyak kabel data apabila anda melancong atau bertugas di luar kawasan. Nikmati perjalanan tanpa perlu membawa banyak kabel.


Harga dan Promosi

HONOR MagicBook 14 akan ditawarkan  mulai 1 Oktober 2021 ini pada harga RM2,699 bagi varian 8GB RAM + 256GB SSD yang disertakan dengan hadiah percuma beg galas HONOR.

Dalam pada itu, Honor MagicBook 14 versi 8GB RAM + 512GB SSD pula akan ditawarkan pada harga RM2,999 dengan hadiah percuma beg galas HONOR dan tetikus wireless  Bluetooth.

Komputer riba ini boleh dibeli menerusi laman web rasmi HONOR Store,Lazada HONOR Flagship Store, Shopee HONOR Official Store, stor rasmi Senheng dan juga Stor rasmi HONOR di seluruh negara.


Penutup

Komputer riba Honor MagicBook 14 ternyata menawarkan pengguna satu pakej komputer riba yang berupaya memberikan prestasi yang konsisten dan stabil sepanjang masa tidak kira jenis tugas yang dilakukan.

Selain itu, Honor MagicBook 14 juga dilengkapi dengan pelbagai teknologi yang memudahkan multitasking dan perkongsian fail antara peranti lain terutamanya telefon pintar Honor 50 yang dijangka akan memasuki pasaran Malaysia bulan hadapan.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.