Honor kini merupakan tiga syarikat telefon pintar terbaik di pasaran China
Menurut laporan terbaru Counterpoint Research, Honor telah berjaya mengatasi jumlah jualan telefon pintar yang dicatatkan oleh Xiaomi dan menjadi tiga syarikat telefon pintar terbaik di China pada bulan Ogos di belakang Oppo dan Vivo.
Laporan ini mendedahkan bahawa prestasi jualan telefon pintar Honor adalah 18% lebih baik berbanding bulan sebelumnya dan Honor juga dinobatkan sebagai syarikat yang mencatatkan pertumbuhan pasaran tertinggi.
Tarun Pathak dari Counterpoint berkata bahawa Honor telah berjaya membina semula perniagaan telefon pintar mereka selepas dijual oleh HUAWEI dan telah menjalinkan semula hubungan dengan pembekal komponen dan latar belakang R&D yang kukuh untuk kembali bangkit dipasaran China.
Dua telefon pintar yang telah menjadi penyumbang utama kepada kebangkitan Honor adalah Honor 50 Series dan Honor Magic3 yang dijangka akan memasuki pasaran global tidak lama lagi.
Honor 50 di sahkan akan memasuki pasaran Malaysia pada bulan Oktober
Dalam pada itu, Counterpoint Research juga meramalkan Honor mampu memberikan persaingan yang lebih sengit didalam pasaran China pada pertengahan kedua 2021 namun mungkin mengambil masa yang sedikit lama untuk kembali menonjol di pasaran global.
Telefon pintar Honor bagi pasaran global kini lebih menarik dengan pengesahan bahawa Google Mobile Services kini telah ditawarkan pada telefon pintar keluaran syarikat ini.