Samsung Galaxy F42 5G kini rasmi dengan harga sekitar RM 1,184
Samsung secara rasminya telah memperkenalkan Samsung Galaxy F42 5G ke pasaran India yang mana model ini adalah sama seperti Galaxy Wide5 yang dilancarkan di Korea Selatan baru-baru ini dan ia juga turut berkongsi beberapa spesifikasi Samsung Galaxy A22.
Samsung Galaxy F42 5G ini hadir dengan skrin paparan 90Hz LCD berukuran 6.6-inci dengan resolusi FHD+ dan terdapat notch waterdrop yang menempatkan kamera selfie 8MP.
Selain itu, Samsung Galaxy F42 5G juga hadir dengan pemproses MediaTek Dimensity 700, dua pilihan RAM iaitu 6GB atau 8GB dan storan dalaman 128GB. Terdapat sokongan kad microSD sehingga 1TB.
Pada bahagian kamera, Samsung Galaxy F42 5G tampil dengan satu sensor utama 64MP, sensor ultrawide 5MP dan sensor depth 2MP. Sokongan mod kamera malam juga disertakan.
Samsung Galaxy F42 5G juga memiliki bateri berkapasiti 5,000mAh yang tampil dengan pengecasan pantas 15W, sensor capjari pada butang kuasa dan sokongan 12 jalur 5G.
Samsung Galaxy F42 5G akan ditawarkan didalam dua warna iaitu Matte Aqua atau Matte Black.
Berikut adalah harga Samsung Galaxy F42 5G di India :
Samsung Galaxy F42 5G 6/128GB – INR 20,999 (RM 1,184)
Samsung Galaxy F42 5G 8/128GB – INR 22,999 (RM 1,297)