Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Telefon Pintar Foldable Kompak HUAWEI Mate V dijangka akan dilancarkan tahun ini


HUAWEI dilaporkan akan memperkenalkan satu telefon pintar foldable yang lebih praktikal untuk semua lapisan pengguna dengan reka bentuk ‘clamshell’ yang sama seperti Moto Razr dan Samsung Galaxy Z Flip3.

ULASAN : Samsung Galaxy Z Flip3 5G – Telefon Pintar Foldable Lebih Lasak & Lebih Mampu Milik

Telefon pintar ini akan hadir dengan nama HUAWEI Mate V dan ianya akan dikuasakan dengan pemproses Kirin 9000 yang merupakan cipset flagship keluaran syarikat ini sendiri.

Walaubagaimanapun, tidak dapat dipastikan samada telefon pintar HUAWEI Mate V ini akan menyokong rangkaian 5G ataupun tidak memandangkan beberapa model telefon pintar terbaru daripada syarikat ini hanya hadir dengan sokongan 4G dan ini termasuk HUAWEI P50 Series.

Buat masa ini tidak banyak maklumat mengenai HUAWEI Mate V ini diketahui namun kita mungkin diberikan sedikit teaser mengenai telefon pintar ini pada majlis pelancaran HUAWEI yang akan berlangsung pada 21 Oktober kelak.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.