Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

OnePlus Nord 2 5G akan ditawarkan di Malaysia mulai 29 September ini


OnePlus secara rasminya telah mengesahkan bahawa OnePlus Nord 2 5G akan ditawarkan di Malaysia mulai 29 September ini di Shopee.

OnePlus Nord 2 5G  merupakan telefon pintar OnePlus untuk hadir dengan cip pemprosesan daripada MediaTek.

 Terus kepada spesifikasi, OnePlus Nord hadir dengan skrin paparan FHD+ AMOLED berukuran 6.43-inci yang memiliki kadar segar semula 90Hz dan terdapat juga kamera selfie 32MP.

Beralih kepada bahagian kamera belakang, OnePlus Nord 2 5G tampil dengan sensor 50MP Sony IMX766 yang sama seperti pada telefon pontar flagship OnePlus 9 Pro dan ianya disertakan dengan sensor ultrawide 8MP dan sensor monokrom 2MP.

Seperti yang kami perkatakan di atas, ini adalah kami pertama didalam sejarah OnePlus melancarkan telefon pintar yang mempunyai cip pemprosesan selain daripada Snapdragon.


OnePlus Nord 2 5G tampil dengan cip direka khas oleh MediaTek iaitu Dimensity 1200 AI yang menawarkan prestasi hampir setaraf telefon pintar flagship dan ianya juga tampil didalam dua pilihan RAM iaitu 8GB atau 12GB manakala storan dalama adalah 128GB atau 256GB.


OnePlus Nord 2 5G juga memiliki bateri berkapasiti 4,500mAh (dwi-sel) yang membawakan sokongan pengecasan pantas 65W Warp Charge dan ini membolehkan anda mengecas peranti dari 0-100% dalam masa 30 minit sahaja.

Selain itu, OnePlus Nord 2 5G juga hadir dengan dual-speaker, antaramuka Oxygen OS 11.3 yang berasaskan Android 11 dan OnePlus juga menjanjikan akan menawarkan kemaskini dua generasi Android dan tiga tahun kemaskini keselamatan.

OnePlus Nord 2 5G hadir didalam dua warna iaitu Blue Haze dan Grey Sierra.

OnePlus Nord 2 5G akan mula ditawarkan di stor rasmi OnePlus di Shopee pada 29 September ini dengan harga jualan istimewa yang menawarkan penjimatan sebanyak RM 771 dan terdapat juga baucar diskaun bernilai RM 100 bagi 200 pembeli pertama.

Harga asal:

RM2427 (8GB + 128GB Grey)

RM2570 (8GB + 128GB Blue)

RM2999 (12GB + 256GB Grey)

Harga promosi:

RM1699 (8GB + 128GB Grey)

RM1799 (8GB + 128GB Blue)

RM2299 (12GB + 256GB Grey)

Dapatkan OnePlus Nord 2 5G di stor rasmi OnePlus di Shopee.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.