Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Apple iPhone 13 Pro Max mampu dicas penuh dalam masa 86 minit menggunakan adapter PD 30W

Apple iPhone 13 Pro Max mampu dicas penuh dalam masa 86 minit menggunakan adapter PD 30W 1

Apple iPhone 13 Pro Max mampu dicas penuh dalam masa 86 minit menggunakan adapter PD 30W 2
Apple iPhone 13 Series telah mula dijual di 30 negara mulai penghujung minggu lalu dan pelbagai maklumat bateri dan ketahanan telefon pintar ini telah mula membanjiri internet.

Kami sebelum ini telah mendedahkan kapasiti kesemua model Apple iPhone 13 yang dilancarkan dan kini terdapat laporan mengenai tempoh pengecasan yang diperlukan untuk kesemua model ini mencapai tahap 0-100%.

Pengecasan penuh Apple iPhone 13 Pro Max yang mempunyai bateri 4,373mAh dilaporkan mengambil masa 86 minit dengan menggunakan adapter PD 30W ( output sekitar 26W).

Selain itu, iPhone 13 yang mempunyai bateri 3,240mAh pula telah diuji menggunakan pengecasan PD 20W (output 19W) dan PD 30W (output 21W) namun waktu yang diperlukan untuk mengecas penuh telefon pintar ini adalah 89 minit bagi kedua-dua adapter yang digunakan.

Akhir sekali, Apple iPhone 13 mini juga telah diuji dan ianya mengambil masa sekitar 87W dengan output 15W. iPhone 13 Mini mempunyai bateri berkapasiti 2,438mAh.

Ujian ini membuktikan bahawa Apple tidak melakukan sebarang penambahbaikan dari segi waktu pengecasan bateri namun jangka hayat yang lebih baik menjadi pertaruhan untuk menarik pelanggan.

Walaubagaimanapun, harus juga kami maklumkan bahawa pengecasan ini dilakukan menggunakan adapter PD yang lebih tinggi kadar output nya. Sebagai contoh, adapter PD 30W dan ke atas dilihat sesuai untuk iPhone 13 Pro Max manakala iPhone 13 pula sesuai digunakan bersama adapter 20W diikuti iPhone 13 Mini yang boleh menggunakan adapter 18W. Tiada maklumat mengenai iPhone 13 Pro.

Apple iPhone 13 Pro dan iPhone 13 Pro Max kini rasmi dengan skrin Retina XDR ProMotion 120Hz dan fotografi makro pada harga dari RM 4,899

Apple iPhone 13 Series akan memasuki pasaran Malaysia pada 8 Oktober ini namun pra-tempahan boleh dibuat mulai 1 Oktober ini.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.