Xiaomi Pad 5 dengan skrin paparan 120Hz dan Snapdragon 860 kini rasmi di Malaysia pada harga RM 1,399
Pada majlis pelancaran Xiaomi 11T Pro dan Xiaomi 11T, Xiaomi juga telah mengumumkan penawaran Xiaomi Pad 5 ke pasaran Malaysia dan ianya akan ditawarkan pada harga dari RM 1,399
Xiaomi Pad 5 hadir dengan skrin paparan berukuran 11.0-inci dengan resolusi 2560×1600 dan kadar segar semula 120Hz.
Panel skrin 10-bit ini juga membawakan sokongan HDR10, Dolby Vision, kecerahan sehingga 500nits dan teknologi TrueTone.
Beralih kepada pemproses, Xiaomi Pad 5 hadir cip Snapdragon 860 yang dipadankan dengan 6GB RAM dan dua pilihan storan dalaman iaitu 128GB dan 256GB.
Pada bahagian kamera, Xiaomi Pad 5 hadir dengan satu sensor utama 13MP sahaja. Kamera selfie bagi Xiaomi Pad 5 adalah 8MP.
Beralih kepada bateri, Xiaomi Pad 5 mempunyai bateri yang lebih besar iaitu 8,720mAh dengan sokongan pengecasan pantas 33W (hanya adapter 22.5W disertakan dalam kotak).
Xiaomi Pad 5 akan mula ditawarkan di Malaysia pada 24 September di Lazada, Xiaomi Pad 5 versi 6/128GB akan ditawarkan pada harga istimewa RM 1,299 sahaja berbanding harga asal RM 1,399.
Dalam pada itu, Xiaomi Pad 5 versi 6/256GB pula akan ditawarkan pada harga RM 1,599.
Pra-tempahan akan dibuka mulai esok di Lazada