Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

realme Band 2 kini di Malaysia – dapatkanya di Lazada sekarang


Baru-baru ini realme telah memperkenalkan realme Band 2 ke pasaran Malaysia sebagai pasaran pertama didunia untuk menerima jam kecergasan ini.

realme Band 2 telah mula ditawarkan di Malaysia pada 20 September yang lalu dan ianya ditawarkan pada harga promosi istimewa iaitu hanya RM 139 (RRP RM 179).

Jam kecergasan realme ini telah mendapat sambutan yang sangat baik dan ianya telah dinobatkan sebagai jam kecergasan paling laris di Lazada (kategori harga dibawah RM 139).

realme Band 2 adalah sebuah jam kecergasan yang memiliki skrin paparan TFT LCD berukuran 1.4-inci yang memberikan anda paparan berwarna yang sangat responsif.

Selain itu, realme Band 2 juga hadir dengan Real-time Heart Rate Monitor dan Blood Oxygen Monitor berketepatan tinggi menggunakan sensor GH3011.

realme Band 2 menawarkan sokongan bagi 90 Mod Sukan termasuk berlari , berjalan, Bola Sepak, Hoki, Pingpong, Badminton, dan banyak lagi. Ia juga dapat mencatatkan jumlah masa latihan dan kalori pengguna yang dibakar setiap hari dan mingguan.

Ia juga dapat membezakan penggunaan kalori dalam mod latihan tertentu serta mengesan jangka masa latihan harian dan mingguan.

Selain itu, realme Band 2 juga mempunyai bateri berkapasiti 204mAh yang sangat efisien dengan 12 hari jangka hayat bateri,  kalis air 5ATM dan 50  reka bentuk dial faces yang menarik.

realme Band 2 kini ditawarkan di Lazada pada harga RM 169.

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.